Pilihanraya Kecil DUN Penanti dijangka akan diadakan pada hujung bulan ini. Namun, suara suara yang kurang menyenangkan masih lagi kedengaran di mana mana. Bukan sahaja di Penanti atau Pulau Pinang, suara suara sumbang ini turut berbunyi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.
Semuanya gara gara “tidak faham” dengan konsep tahalluf siyyasi atau kerjasama politik yang telah dijalin sebelum Pilihanraya Umum Ke 12 baik di pihak PKR mahupun di pihak ahli ahli PAS.
KETAMAKAN PKR
Banyak kerusi diperuntukkan kepada PKR ketika Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Kerusi yang majoriti Melayu yang PAS tidak begitu kuat telah diperuntukkan kepada PKR atas alasan PKR mampu menarik sokongan daripada ahli UMNO dan pengundi atas pagar.
Kerusi yang bersifat 50 – 50 di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu juga dibolot oleh PKR atas alasan PAS tidak mampu menarik sokongan undi bukan Melayu jika PAS meletakkan calonnya di kerusi tersebut. Begitu juga DAP akan gagal menarik undi Melayu jika parti itu bertanding di situ. Kesimpulannya, calon dari PKR adalah yang paling sesuai kerana PKR adalah parti bersifat pelbagai kaum. Hakikatnya, pelbagai kaumlah sangat.
Bila dah dapat banyak kerusi, calon pulak takde. Maka diambillah sesaper jer yang ada. Posmen pencen. Peniaga kedai tomyam. Dan sebagainya. Bukan niat di hati nak merendah rendahkan mana mana golongan tetapi inilah hakikat hasil ketamakan kuasa.
Ada calon yang telh diuji kesetiaan dan kesungguhan perjuangannya. Ada calon yang entah dari mana munculnya. Ada calon bidang terjun. Ada calon tangkap muat. Ada calon yang baru masuk parti. Ada calon yang dah lama dalam parti tapi baru nampak muka. Ada calon yang dicadangkan oleh Anwar. Ada calon orang Azmin. Macam macam. Semuanya dilabelkan sebagai calon rakyat bagi menunjukkan betapa berjiwa rakyatnya PKR. Hakikatnya, berjiwa rakyatlah sangat.
Bila menang, mula nampak warna sebenar. Yang lompat. Yang rasuah sex. Yang tak tahu apa. Yang langsung tak pernah bercakap dalam dewan. Yang nak jumpa rakyat pun menggigil. Yang tetiber terus menjadi kaya pun ada. Yang tetiber perasan macam Datuk pun ada. Yang rasuah atau mendekati rasuah jangan dikiralah. Macam macam.
Pakai baju PKR tapi perangai masih perangai UMNO.
So, sebelum nak bertegang urat untuk merebut kerusi untuk mana mana pilihanraya yang ada lepas nih, cermin cerminlah diri tu dulu. Mampu atau tak mampu? Padan atau tak padan? Bukan apa, takut takut nanti, lembu kambing pun boleh jadi calon juga.
KEEGOAN AHLI PAS
Rata rata ahli PAS berpandangan “mana mana kerusi pun ahli PAS juga yang buat kerja sampai menang”. Rata-rata ahli PAS berpandangan “ mana ahli PKR waktu kerja kerja pilihanraya dulu?”. Rata rata ahli PAS berpandangan “orang orang PKR cuma ramai waktu pimpinan parti mereka turun padang”. Rata rata ahli PAS berpandangan “orang orang PKR cuma tahu mengikut bontot pimpinan mereka jer”.
Aku tak nafikan hal nih. Malah, aku bersetuju sangat dalam hal nih. Pengalaman di Permatang Pauh dan di Bandar Tun Razak cukup untuk membuatkan aku membisu jika ada ahli PAS berpandangan seperti yang aku catatkan di atas.
Namun, sedar atau tidak, hanya ahli PAS yang menilai PAS sebagai sebuah parti politik sahaja yang akan berpandangan sedemikian.
Wahai sahabat sahabat sejemaah sekalian, PAS adalah sebuah gerakan Islam dan politik itu pula adalah sebahagian daripata tanggungjawab sebuah gerakan Islam. Jika anda hanya menumpukan pada kerja kerja pilihanraya tetapi melupakan tangungjawab atau gerak kerja jemaah sepertu usrah, tamrin dan sebagainya, maka anda belumlah layak untuk digelar pejuang Islam.
Jika anda berpendirian “kalau tak kerana orang PAS, tak menang puak puak nih”, maka kita telah melupakan bahawa kalah menang itu adalah urusan Allah swt.
Jika anda berpendirian “kalau bukan kerana kita, tak menang puak puak nih”, maka kita melupakan peranan dan sumbangan orang lain. Ego kan tu?
KESIMPULAN
Aku takde niat nak ulas panjang hal nih. Masing masing faham sebenarnya. Baik PKR mahupun PAS. Semuanya faham. Cuma yang nakal nakal tu jer yang tak berapa nak yakin kefahaman mereka.
Cuma satu aku nak pesan kepada Anwar - I setuju dengan pandangan u bahawa rakyat Malaysia hari ini bukanlah bodoh. Rakyat Malaysia sedang memerhati. U kena faham, rakyat Malaysia bukan sekadar memerhati GEROMBOLAN tetapi rakyat Malaysia juga sedang memerhatikan kita.
Janganlah kita juga turut memperbodohkan rakyat seperti mana GEROMBOLAN memperbodohkan rakyat. U kena hati hati dengan sikap u sendiri. Sikap u yang kadang kadang macam tak berapa cerdik tu.
Pahitkan? Yang pahit tu lah ubat. Cuba u telan. Mesti kebah demam u tu.
Buat ahli PAS – Tingkah laku kita adalah Islam. Kerja buat kita adalah Islam. Pemikiran kita adalah Islam. Maka, ikutlah Islam. Tapi kalau rasa nak ikut kepala sendiri lepas tu tanpa segan silu nak dilabelkan Islam atas apa yang kita buat tu, tidak ada pilihan lain untuk ada selain daripada isi boring UMNO dan masuklah UMNO kerana hanya UMNO sahaja tempat yang layak untuk orang orang yang suka ikut kepala sendiri nih. Dalam erti kata lain, tidak ada tempat untuk anda dalam PAS.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA
DeleteBetul tu bang! Saya setuju tu bang!
ReplyDeleteHi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors
ReplyDelete