Saturday, March 28, 2009

BUKIT GANTANG - CATATAN 28HB MAC 2009























Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan PRK P059 Bukit Gantang telah diadakan dengan jayanya walaupun hujan turun dengan lebat. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Ir Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak merangkap calon PAS untyk PRK P059 Bukit Gantang.

Seramai lebih kurang 400 orang telah hadir ke majlis tersebut. Selain daripada petugas PAS, majlis tersebut juga turut dihadiri oleh masyrakat India dan Cina. Masyarakat India dan Cina amat menghormati YAB Ir Hj Nizar dan telah berikrar dengan penuh bersemangat untuk memberikan sokongan padu kepada beliau.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh MP Kepong merangkap Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, YB Dr Tan Seng Giaw dan ADUN Teja merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak, YB Chang Lih Kang. Sementara itu, Ybhg Ustaz Mohd Nazir Zakaria pula mewakili Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

Friday, March 27, 2009

BLOGGER YANG MENCADANGKAN SUPAYA IR HJ NIZAR DIBUNUH MENERUSI ARTIKEL YANG DITULIS SENDIRI OLEH BLOGGER INI DENGAN TAJUK "KILL NIZAR"

Nama dia - Mohd Nazmi bin Rosli a.k.a perakbangkit

Tempat kerja dia - AFFIN Investment Bank, Jalan Meru, Klang

Kereta dia - TOYOTA IPSUM BHA 4998

Dunia nih kecik jer. Thank kepada sahabat sahabat yang sudi berkongsi gambar blogger perakbangkit ini.

BUKIT GANTANG - CATATAN 27HB MAC 2009

Trak pengangkut kuda putih

Gerombolan sedang menunggu giliran untuk masuk ke kandang

Macam macam bentuk kenderaan ada

"Wira wira" perang

Penyebab utama jalan utama menjadi sesak dan seperti kura-kura

Lori mee segera yang menghalang lalu lintas

Macam lori angkut padi

Jalan nih dah banyak lapis ditar

Mee segera

Mee segera kat tepi longkang

Patutkah bendera BN dipacakkan di situ?

Nak marah pun ada. Nak gelak pun ada.

Ucapan Selamat Datang bersama hadiah iringan khusus untuk Osman Jailu al-Kataki

Inilah masjid yang dimaksudkan iaitu Masjid Jamek Matang

No comment

No comment

No comment

No comment

Cuaca tak begitu mengizinkan hari nih. Selepas bermesyuarat pagi tadi, kami bergerak ke bandar Taiping untuk mendapatkan segala keperluan untuk kontijen PAS Wilayah Persekutuan.

Selepas solat Jumaat, kami edar handbill program Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan di masjid Pengkalan Aur. UPU Kawasan JKR pula mengedarkan akhbar Harakah secara percuma kepada orang ramai juga di masjid tersebut.

Sambutan amat memberangsangkan tetapi terdapat dua insiden yang amat memilukan berlaku. Pertama, seorang lelaki telah mengoyak sehingga hancur akhbar Harakah yang diletakkan di dalam raga motorsikalnya. Kedua, seorang lelaki berusia lingkungan 60-an telah menyelerakkan akhbar Harakah yang di letakkan di dalam raga motorsikalnya.

Walaupun kedua-dua “makhluk” ini amat marah dengan akhbar Harakah tetapi tanpa segan silu mereka turut menyusup di celah celah orang ramai untuk mendapatkan nasi yang diedarkan oleh “PAS”.

Lori “mee segera” semakin berkeliaran di jalan jalan utama sekitar Bukit Gantang. Jalan menjadi sesak kerana gangguan ulat ulat gonggok ini.

Gerombolan segala jenis polis juga telah tiba sepenuhnya. Segala bentuk kenderaan milik gerombolan telah berbaris panjang menunggu giliran untuk masuk ke MARTEK.

Orang kampung sedikit pun tidak terkejut dengan kehadiran gerombolan tetapi memandang jelik dan jijik ke arah gerombolan.

Lagi onar UMNO untuk memporakperandakan Bukit Gantang dan memeningkan kepala penduduk Bukit Gantang.

Thursday, March 26, 2009

BUKIT GANTANG - CATATAN 26HB MAC 2009

Brother baju biru nih fasih Bahasa Melayu

Nie lah khemah yang "panas" yang menjadi rebutan semua pihak

Hj Yaakob dan Sdra Omar yang sentiasa bersemangat walaupun hujan lebat

Nie pula bendera yang rakan rakan India nih pasangkat tepi jalan.

Hj Azmi sedang memantau kerja kerja yang dijalankan

Risalah ni ditampalkan di banyak kedai makan di sekitar DUN Changkat Jering

Bukti jelas UMNO tidak faham bahasa Melayu. Maklumlah, era PPSMI.

Hari ni sekali lagi UPU Larut Tin buat hal. Pepagi lagi Abang Malek dan telefon bagitau UPU Larut Tin minta PAS Wilayah turunkan banner Bilik Gerakan PAS Wilayah yang dipasang di khemah masyarakat India atas alasan UPU Larut Tin mempunyai banner mereka sendiri.

Hj Azmi selaku Pengarah Jentera PRK PAS Wilayah telah bersetuju dengan permintaan tersebut bagi mengelakkan salah faham yang lebih negatif berlaku. PAS Wilayah telah menyerahkan 100% kendalian khemah tersebut kepada UPU Larut Tin.

Semasa singgah sarapan di sebuah warung di R&R Simpang, para penduduk di situ telah memaklumkan kepada kami bahawa pihak UMNO telah menampal risalah berbaur hasutan yang amat kurang menyenangkan di pintu sebagai gerai kosong di R&R tersebut. Aku dan saudara Omar telah mengambil langkah menanggalkan risalah risalah tersebut.

Dalam masa yang sama, UPU Kawasan JKR telah meminta kerjasama PAS Wilayah untuk membantu UPU tersebut di Kampung Hj Hashim Ghazali iaitu sebuah kampung yang dihuni oleh majoriti masyarakat India dan Cina.

Kami telah bertandang ke rumah Tok Ketua kampung tersebut dengan ditemani oleh Abang Malek selaku orang tempatan. Tok Ketua telah bersetuju dengan niatkami dan beliau telah bersetuju menjadikan rumahnya sebagai Bilik Gerakan Masyarakat India bagi UPU Kawasan JKR, UPU Jalan Simpang dan UPU Pengkalan Aur. Malah, beliau telahpun mendirikan sebuah khemah bagi memudahkan kami menjalankan operasi nanti.

Beliau juga mengizinkan ruang pejabat di rumahnya digunakan untuk penempatan anggota Unit Amal yang akan bertugas di kampung tersebut.

Selepas selesai semua urusan, kami bergegas pula ke UPU Kawasan JKR (Kg Pak Darus) untuk menguruskan hal hal berkaitan dengan hebahan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan PRK 059 yang dijadualkan akan diadakan pada 28hb Mac Sabtu 4.00 petang di hadapan Bilik Gerakan Induk PAS Wilayah Persekutuan yang terletak di Taman Simpang Setia.

YAB Ir Hj Nizar iaitu calon PAS PRK 059 Bukit Gantang, YB Dr Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong dan YB Chang Lih Kang ADUN Teja dijangka hadir ke majlis ini.

1600 - Brother Guru call. Katanya dia dan rakan-rakan India telah bersedia untuk hias khemah dan sedang menunggu kami di khemah masyarakat India di UPU Larut Tin. Hujan pula lebat sangat. Suka tak suka kena pergi juga meraikan semangat mereka.

Kami capai bendera panjang dua gulung dan terus gerak ke lokasi. Ada 9 orang rakan rakan India sedang menunggu.

Tanpa lengahkan masa, mereka terus menghias khemah dan tak sampai setengah jam semua kerja kerja tersebut siap. Brother Guru memang seorang ketua yang bagus. Setakat nih beliau mampu memimpin anak anak buah beliau dengan baik.

Kami singgah sebentar di UPU Larut Tin untuk sessi suaikenal dengan pimpinan UPU. Memang dah dijangka apa yang bakal diperkatakan. Kami buat tebal telinga jer. Perjuanganlah katakan. Tentulah banyak dugaannya.