Thursday, March 26, 2009

BUKIT GANTANG - CATATAN 26HB MAC 2009

Brother baju biru nih fasih Bahasa Melayu

Nie lah khemah yang "panas" yang menjadi rebutan semua pihak

Hj Yaakob dan Sdra Omar yang sentiasa bersemangat walaupun hujan lebat

Nie pula bendera yang rakan rakan India nih pasangkat tepi jalan.

Hj Azmi sedang memantau kerja kerja yang dijalankan

Risalah ni ditampalkan di banyak kedai makan di sekitar DUN Changkat Jering

Bukti jelas UMNO tidak faham bahasa Melayu. Maklumlah, era PPSMI.

Hari ni sekali lagi UPU Larut Tin buat hal. Pepagi lagi Abang Malek dan telefon bagitau UPU Larut Tin minta PAS Wilayah turunkan banner Bilik Gerakan PAS Wilayah yang dipasang di khemah masyarakat India atas alasan UPU Larut Tin mempunyai banner mereka sendiri.

Hj Azmi selaku Pengarah Jentera PRK PAS Wilayah telah bersetuju dengan permintaan tersebut bagi mengelakkan salah faham yang lebih negatif berlaku. PAS Wilayah telah menyerahkan 100% kendalian khemah tersebut kepada UPU Larut Tin.

Semasa singgah sarapan di sebuah warung di R&R Simpang, para penduduk di situ telah memaklumkan kepada kami bahawa pihak UMNO telah menampal risalah berbaur hasutan yang amat kurang menyenangkan di pintu sebagai gerai kosong di R&R tersebut. Aku dan saudara Omar telah mengambil langkah menanggalkan risalah risalah tersebut.

Dalam masa yang sama, UPU Kawasan JKR telah meminta kerjasama PAS Wilayah untuk membantu UPU tersebut di Kampung Hj Hashim Ghazali iaitu sebuah kampung yang dihuni oleh majoriti masyarakat India dan Cina.

Kami telah bertandang ke rumah Tok Ketua kampung tersebut dengan ditemani oleh Abang Malek selaku orang tempatan. Tok Ketua telah bersetuju dengan niatkami dan beliau telah bersetuju menjadikan rumahnya sebagai Bilik Gerakan Masyarakat India bagi UPU Kawasan JKR, UPU Jalan Simpang dan UPU Pengkalan Aur. Malah, beliau telahpun mendirikan sebuah khemah bagi memudahkan kami menjalankan operasi nanti.

Beliau juga mengizinkan ruang pejabat di rumahnya digunakan untuk penempatan anggota Unit Amal yang akan bertugas di kampung tersebut.

Selepas selesai semua urusan, kami bergegas pula ke UPU Kawasan JKR (Kg Pak Darus) untuk menguruskan hal hal berkaitan dengan hebahan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan PRK 059 yang dijadualkan akan diadakan pada 28hb Mac Sabtu 4.00 petang di hadapan Bilik Gerakan Induk PAS Wilayah Persekutuan yang terletak di Taman Simpang Setia.

YAB Ir Hj Nizar iaitu calon PAS PRK 059 Bukit Gantang, YB Dr Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong dan YB Chang Lih Kang ADUN Teja dijangka hadir ke majlis ini.

1600 - Brother Guru call. Katanya dia dan rakan-rakan India telah bersedia untuk hias khemah dan sedang menunggu kami di khemah masyarakat India di UPU Larut Tin. Hujan pula lebat sangat. Suka tak suka kena pergi juga meraikan semangat mereka.

Kami capai bendera panjang dua gulung dan terus gerak ke lokasi. Ada 9 orang rakan rakan India sedang menunggu.

Tanpa lengahkan masa, mereka terus menghias khemah dan tak sampai setengah jam semua kerja kerja tersebut siap. Brother Guru memang seorang ketua yang bagus. Setakat nih beliau mampu memimpin anak anak buah beliau dengan baik.

Kami singgah sebentar di UPU Larut Tin untuk sessi suaikenal dengan pimpinan UPU. Memang dah dijangka apa yang bakal diperkatakan. Kami buat tebal telinga jer. Perjuanganlah katakan. Tentulah banyak dugaannya.

No comments:

Post a Comment