Friday, March 27, 2009

BUKIT GANTANG - CATATAN 27HB MAC 2009

Trak pengangkut kuda putih

Gerombolan sedang menunggu giliran untuk masuk ke kandang

Macam macam bentuk kenderaan ada

"Wira wira" perang

Penyebab utama jalan utama menjadi sesak dan seperti kura-kura

Lori mee segera yang menghalang lalu lintas

Macam lori angkut padi

Jalan nih dah banyak lapis ditar

Mee segera

Mee segera kat tepi longkang

Patutkah bendera BN dipacakkan di situ?

Nak marah pun ada. Nak gelak pun ada.

Ucapan Selamat Datang bersama hadiah iringan khusus untuk Osman Jailu al-Kataki

Inilah masjid yang dimaksudkan iaitu Masjid Jamek Matang

No comment

No comment

No comment

No comment

Cuaca tak begitu mengizinkan hari nih. Selepas bermesyuarat pagi tadi, kami bergerak ke bandar Taiping untuk mendapatkan segala keperluan untuk kontijen PAS Wilayah Persekutuan.

Selepas solat Jumaat, kami edar handbill program Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan di masjid Pengkalan Aur. UPU Kawasan JKR pula mengedarkan akhbar Harakah secara percuma kepada orang ramai juga di masjid tersebut.

Sambutan amat memberangsangkan tetapi terdapat dua insiden yang amat memilukan berlaku. Pertama, seorang lelaki telah mengoyak sehingga hancur akhbar Harakah yang diletakkan di dalam raga motorsikalnya. Kedua, seorang lelaki berusia lingkungan 60-an telah menyelerakkan akhbar Harakah yang di letakkan di dalam raga motorsikalnya.

Walaupun kedua-dua “makhluk” ini amat marah dengan akhbar Harakah tetapi tanpa segan silu mereka turut menyusup di celah celah orang ramai untuk mendapatkan nasi yang diedarkan oleh “PAS”.

Lori “mee segera” semakin berkeliaran di jalan jalan utama sekitar Bukit Gantang. Jalan menjadi sesak kerana gangguan ulat ulat gonggok ini.

Gerombolan segala jenis polis juga telah tiba sepenuhnya. Segala bentuk kenderaan milik gerombolan telah berbaris panjang menunggu giliran untuk masuk ke MARTEK.

Orang kampung sedikit pun tidak terkejut dengan kehadiran gerombolan tetapi memandang jelik dan jijik ke arah gerombolan.

Lagi onar UMNO untuk memporakperandakan Bukit Gantang dan memeningkan kepala penduduk Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment