Thursday, March 26, 2009

BUKIT GANTANG - CATATAN 25HB MAC 2009

Inilah otai otai masyarakat India yang begitu bersemangat mahu membuka Bilik Gerakan Masyarakat India bagi membantu PAS

Brother Guru yang berjambang tu ketua masyarakat India di UPU Larut Tin

Letih selepas khemah didirikan

Kesibukan dan tekanan yang aku tanggung semakin hebat. Aku sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya semua tekanan ini tidak membuatkan aku lari daripada medan peperangan ini. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada aku dan orang orang itu supaya jemaah ini dikukuhkan dan tidak diruntuhkan akibat daripada hati hati yang busuk dan dengki ini.

Hari ini seharian aku sibuk dengan urusan masyarakat India. Ketua masyarakat India yang hanya dikenali sebagai Guru telah datang bersama sama dengan beberapa kenalannya telah menyatakan hajat besar mereka untuk membina satu bilik gerakan khas untuk urusan masyarakat India. Menurut pandangan mereka, masyarakat India memang telah menyatakan sokongan padu kepada calon PAS tetapi tidak semua masyarakat India memiliki kekuatan untuk masuk dan turut sama bertugas di markas PAS. Sehubungan itu, mereka mahu mewujudkan sebuah bilik gerakan khusus untuk masyarakat India di Larut Tin.

Secara dasarnya kami telah bersetuju dengan cadangan tersebut kerana UPU Larut Tin juga berada di bawah kawasan bantuan PAS Wilayah Persekutuan. UPU Kawasan JKR dan PAS Tambun pula telah bersetuju untuk menyumbangkan khemah bagi mendirikan bilik gerakan tersebut.

Masalah mula timbul sebaik sahaja khemah tersebut didirikan. UPU Larut Tin telah membantah penglibatan UPU Kawasan JKR walaupun yang bertanggungjawab adalah PAS Wilayah Persekutuan. Setelah beberapa jam berbincang, semua salah faham telah berjaya diatasi dan dianggap semuanya selesai. Khemah tersebut telah berdiri dan bekalan elektrik serta banner telah dipasang. Masyarakat India telah mula datang berkumpul di khemah itu walaupun belum dibuka secara rasmi.


No comments:

Post a Comment