Wednesday, February 11, 2009

KISAH ANJING DENGAN BISKUT


Seluruh negara telah dikejutkan dengan peristiwa pelik dan aneh bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dijatuhkan. Masyarakat secara umumnya terkejut dengan insiden itu. Bagi penyokong Pakatan Rakyat, pastinya akan berasa marah, sedih dan pilu dengan kejatuhan itu. Manakala, bagi penyokong Barisan Nasional ada yang terpinga-pinga, ada yang menyorokkan muka dan ada yang bersorak keriangan.

Penyokong Barisan Nasional yang terpinga-pinga itu adalah merupakan penyokong Barisan Nasional yang tidak tahu satu apa pun tentang politik. Yang berada di dalam minda mereka hanyalah fahaman khurafat yang sesat lagi menyesatkan iaitu orang Melayu mesti menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Penyokong Barisan Nasional yang menyembunyikan muka pula adalah penyokong Barisan Nasional yang faham dan tahu tentang prosedur perundangan dan masih mempunyai harga diri walaupun harga diri kelompok ini lebih nipis daripada nipisnya kulit bawang. Kelompok ini malu dengan apa yang berlaku.

Mana tidaknya, katak katak yang dulunya diberikan umpan dan telah masuk perangkap tiba-tiba dijulang sebagai pejuang bangsa yang prihatin tentang nasib bangsanya. Ibarat seperti sebuah tong najis yang dihina kerana kebusukannya tetapi kemudiannya dijilat sehingga bersih oleh Barisan Nasional supaya tong najis itu “kelihatan seperti bersih” dan dijulang julang oleh penyokong Barisan Nasional atas alasan tong najis ini perlu dihargai pengorbanannya menakung najis selama ini.

Kelompok ketiga adalah kelompok yang bersorak keriangan. Kelompok ini adalah merupakan kelompok yang paling hina yang pernah dimiliki oleh Barisan Nasional. Kelompok ini akan menjadi punca Barisan Nasional terus menerus ditolak. Doakan semoga kelompok ini berkembang biak di dalam Barisan Nasional yang umum mengetahui dipenuhi darah dan nanah itu.

Kelompok ketiga ini merupakan kelompok pengikut dan penyokong yang perasan pandai dan merasakan diri mereka serba tahu walaupun hakikatnya kebodohan dan kebebalan mereka terserlah sekali. Mereka berkiblatkan keris yang tidak pernah bersarung itu. Mereka menelan apa sahaja yang dititahkan oleh pemimpin mereka kerana mereka diasuh bahawa Barisan Nasional itu adalah kerajaan sampai bila bila dan Pakatan Rakyat itu adalah pembangkang sampai bila bila. Apa sahaja yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat salah belaka dan apa sahaja yang dilakukan oleh Barisan Nasional benara dan mulia belaka.

Bagi kelompok ini, bangsa Melayu hanyalah terdiri daripada ahli UMNO dan Melayu yang tidak menjadi ahli UMNO adalah Melayu yang mengkhianati Melayu. DAP itu pula adalah Cina dan akan kekal dengan keCinaannya sampai bila bila. Persoalan, MCA tu Melayu ker?

Apabila Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, kelompok ini dengan penuh semangat menyanyikan lagu “HABIS PULAU PINANG DAPAT KE CINA”. Pada mereka, Lim Guan Eng itu Cina. Betul juga tu. Tak sangka juga sebenarnya Pulau Pinang selama ini ditadbir oleh Ketua Menteri berbangsa Melayu. Tak sangka pula Wong Pau Nee itu berbangsa Melayu. Lim Chong Eu itu berbangsa Melayu. Koh Tsu Koon itu pun berbangsa Melayu.

Kelompok ini mendakwa Karpal Singh menghina Sultan Perak. Haji Nizar derhaka kepada Sultan Perak. Pakatan Rakyat mendidik rakyat Perak untuk menderhakai Sultan Azlan. Seluruh negara gegak gempita dengan gelagat badut-badut tidak bermaruah ini. Mereka anjurkan demonstrasi sana sini untuk menunjukkan kononnya sokongan dan dokongan mereka tentang kedudukan Raja Raja Melayu. Mudah pula kelompok badut nih dapat permit untuk berdemonstrasi.

Ke mana hilangnya badut-badut ini semasa Anuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim di Kelantan dulu? Di manakah badut badut ini apabila UMNO Terengganu memanggil Sultan Terengganu sebagai binatang awal tahun 2009 yang lalu? Ke manakah mereka ketika Raja Raja Melayu ditelanjangkan oleh Barisan Nasional pada sekitar tahun 1993 yang lalu?

Jawapannya mudah. TIDUR NYENYAK DI DALAM KAIN PEMIMPIN UMNO.

Setelah lama dibuai mimpi, sekarang baru tersedar daripada tidur. Terus berarak sana sini menjulang tinggi Raja Raja Melayu. Sedar tan sedar, yang dihamun itu adalah diri mereka sendiri. Yang dicaci itu adalah diri mereka sendiri. Yang dimaki itu adalah diri mereka sendiri. Nak buat macam mana. Sememangnya badut badut itu memang tidak ada rasa malu sedikit pun.

Macam kisah anjing dengan biskut. Dapat biskut, diam. Tak dapat biskut, menyalak. Menyalaklah selagi mana kalian mampu menyalak. Jangan sampai ditarafkan setaraf dengan anjing kurap sudahlah.