Saturday, March 21, 2009

BUKIT GANTANG - CATATAN 21HB MAC 2009

Program ini telah secara tidak langsung menjadi program hari keluarga kerana rata-rata yang hadir turut sama membawa ahli keluarga mereka

Keluarga India ini begitu bersungguh-sungguh memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka yang menyertai Pertandingan Mewarna

Walaupun berada di bawah terik mentari, anak-anak ini sedikit pun tidak menunjukkan rasa terganggu dengan kepanasan tersebut

Muslimat PAS sedang melayani karenah anak-anak yang menyertai Pertandingan Mewarna

India berbaju biru ini telah menghuraikan "akujanji" manusia dengan Allah swt secara tepat dan jelas. Orang UMNO pun belum tentu mampu menghuraikan "inna solati wa nusuki wa mahyaaya wa mamaati lillahi Rabb al-'alameen" seperti mana dihuraikan oleh lelaki ini.

Semoga anak-anak ini mampu menyambung perjuangan PAS di masa hadapan

Rata-rata masyarakat India yang hadir adalah merupakan penduduk setempat

Masyarakat bukan Islam tidak lagi kekok untuk menghadiri program anjuran PAS

Terima kasih daun keladi kepada para penyumbang

Persiapan sedang sibuk diselenggarakan supaya program tidak menjadi berterabur


Aku dengan Omar menemani Haji Azmi pusing pusing Dun Changkat Jering. Kami singgah di ketiga tiga tempat yang dipertanggungjawabkan kepada PAS Wilayah. Tenaga tempatan kelihatan begitu bersemangat untuk mempertahankan kemenangan almarhum Hj Roslan.

Kami singgah beberapa kali di Taman Kaya di mana Majlis Sambutan Hari Wanita Pakatan Rakyat sedang berlangsung. Programnya agak santai walaupun sedikit kelam kabut apabila individu tertentu dengan penuh tanpa rasa bersalah “mengkucar kacirkan” program ini.

Program ini telah dirancang oleh penduduk tempatan dengan kerjasama Muslimat Pusat tetapi individu yang suatu ketika pernah menjadi sebahagian daripada Muslimat Pusat ini telah datang dan memandai-mandai sendiri membuat keputusan itu dan ini.

Wahai YB yang dimaksudkan, penduduk tempatan bukanlah bodoh walaupun mereka hanya kerja kampung. Janganlah bangga sangat dengan status YB kerana status YB itulah yang membuatkan jiwa YB semakin jauh daripada jemaah.

Kita lupakan sekejap kepedihan hati penduduk tempatan terhadap tingkah laku YB ini.

Hampur 50 orang kaum India hadir ke program ini. Aku dan Omar sempat juga bersembang dengan ramai daripada mereka. Rata-ratanya begitu selesa dengan PAS dan tidak berasa terasing dengan orang orang PAS.

Di bawah ni aku selitkan di antara dialog yang mereka tuturkan kepada aku dan Omar.

“Hidup kita, hati kita, jiwa kita, semuanya Tuhan Allah punya. Tidak ada suatu apa pun yang ada pada diri kita nih yang milik kita. Semua Tuhan Allah punya. Kenapa nak sombong sangat dengan pangkat dan kedudukan?”

“30 tahun berjuang dalam MIC, apa pun takde. Satu cawan kopi pun MIC tak pernah bagi. MIC kutip duit katanya nak bagi orang India senang tapi ke mana hilang duit tu semua?”

“Kita kena percaya Tuhan. PAS orang yang percaya Tuhan. Kita mau jumpa PAS di sini dan kalau boleh mahu jumpa PAS di syurga nanti”.

“Dulu MIC kata PAS ganas. Sekarang kami kawan dengan PAS. Tak ganas pun. PAS ambil berat tentang masalah kami”.

“Saya kutip besi buruk saja. Saya orang susah. Dulu sokong MIC. Sekarang anak saya enggan ke sekolah kerana UMNO ajar guna English. UMNO buat saya susah hati”.

“Kali ini mesti menang lagi. Dalam rumah saya ada 5 orang yang boleh mengundi. Semua hadir dalam program ini. Jangan risau”.

“Hj Roslan hulur bantuan kewangan kepada keluarga India yang kematian ahli keluarga sebelum dia sendiri meninggal dunia. Kita mahu YB yang baik macam Hj Roslan. Hanya PAS ada YB yang baik baik. UMNO, MIC, semua takde”.

Banyak lagi dialog yang aku tak sempat nak selitkan di sini. Mata tengah mengantuk sebenarnya nih.

Enjoy it.

FAIRUS YANG MALANG


Aku dapat sms yang memberitahu Fairus di”jimat”kan sebagai Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika aku berada di Markas MTD Changkat Jering.

Permasalahan si Fairus nih aku dah dengar semasa aku turun membantu PKR dalam Pilihanraya Kecil Permatang pauh ari tu lagi. Memang ramai betul yang merungut tentang Fairus nih. Ada yang kata dia langsung tak turun ke kawasan. Ada yang kata dia macam buat buat lupa kat kawasan. Ada yang kata Fairus janji kosong. Janji kosong nih bukan bererti janii nak menjadikan penduduk Penanti kaya raya tetapi janji Fairus nak baca khutbah Jumaat di masjid masjid sekitar Penanti. Orang kampung kata JANJI TINGGAL JANJI.

Aku sedih gak dengan Si Fairus nih. Beliau merupakan pucuk muda yang baru nak naik tapi akibat daripada kerakusan yang sukar dikawal, maka beliau merupakan pucuk yang dimakan ulat.

Yang sebenarnya aku tak nak komen panjang tentang dia sebab dia dah “takde apa apa” sekarang tapi aku nak sangat komen sikit tentang parti yang menanungi dia iaitu PKR.

Janganlah tamak dalam berpolitik. Janganlah rakus mengejar laba politik. Janganlah berangan-angan dalam berpolitik. Janganlah berpura-pura dalam berjuang. Janganlah bermuka muka dalam berjuang. Janganlah menganggap rakan kongsi Pakatan Rakyat sebagai parti yang bernaung di bawah anda. Janganlah sombong sangat dalam berpolitik kerana PKR sebenarnya tidak punya apa apa.

PKR menang kerana tungkus lumus PAS. PKR menang kerana komitmen tidak berbelah bagi DAP. PKR menang kerana kesungguhan rakyat yang telah lama tertindas. PKR menang kerana keikhlasan perjuangan yang ditunjukkan oleh ahli lama PKN yang kemudiaannya bertukar menjadi PKR.

Janganlah setelah kemenangan dicapai, anda melaung-laungkan “KEMENANGAN INI ADA HASIL KERJA KUAT PKR”. Anda memminggirkan komitmen PAS dan DAP.

Anda jangan cuba menjadi “UMNO” di dalam Pakatan Rakyat. Di dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang menguasai parti yang lain. Tidak ada “Abang Long” dalam Pakatan Rakyat.

Janganlah tamak merebut kerusi jika anda tidak punya siapa siapa. Selidikilah dulu tentang “calon calon pilihan” anda supaya yang terpilih itu hanyalah manusia dan bukannya katak katak berwajah manusia. Kenanglah budi dan pengorbanan pejuang pejuang yang ada di dalam PKR supaya ahli lama tidak merasa terpinggir akibat daripada “naiknya” ahli ahli baru yang muncul hanya setelah PKR mencipta nama.

Layanilah ahli lama seperti mana anda melayani ibu dan ayah. Janganlah ahli lama hanya didekati ketika pengorbanan ahli dipelrukan. Apabila ahli ahli lama berpeluh ketiak berkorban, yang mendapat laba adalah ahli baru yang entah dari mana munculnya.

Fairus adalah seorang yang malang kerana gagal mengawal kerakusan jiwa mudanya. Namun, malang lagi PKR kerana memiliki sekelompok pimpinan yang masih berjiwa UMNO yang lebih gemar memikirkan individu yang bergelar Dato, Datuk, Dato Seri, Datuk Seri dan Tan Sri apabila kemenangan dicapai sedangkan golongan yang ditatang ini belum terbukti pengorbanannya.

Darah perjuangan pejuang pejuang PKR yang telah mengalir sedikit masa dahulu jangan sekali-kali dikhianati kerana darah pejuang adalah darah keramat. Hancurlah PKR jika darah yang telah mengalir itu dikhianati.

Pahitkan? Yang pahit itulah ubat.

Friday, March 20, 2009

UMNO / BARISAN NASIONAL MULA MEMBUAT ONAR DI BUKIT GANTANG



UMNO dan Barisan Nasional menerusi anjing anjing peliharaan yang tidak menunaikan solat Jumaat telah menabur a.k.a menyebarkan risalah berbentuk penghinaan terhadap DYMM Sultan Perak dan Mufti Perak.

Risalah ini walau bagaimana pun telah dihasilkan dalam bentuk “Pakatan Rakyat” dan ditabur di tempat tempat tumpuan orang ramai seperti masjid masjid ketika berlangsungnya solat Jumaat tadi.

Tindakan bodoh UMNO dan Barisan Nasional ini bertujuan bagi membangkitkan kemarahan rakyat Perak khasnya rakyat Bukit Gantang kepada Pakatan Rakyat. Namun Pakatan Rakyat terutamanya PAS amat yakin bahawa tindakan ala kaldai kejar carrot yang didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional ini akan menjadi backfire kepada gerombolan itu sendiri.

Orang ramai yang menjadi saksi kejadian telah membuat laporan di balai polis Trong.


P/S : Hancur UMNO !! Hancur UMNO !! Hancur UMNO !!

Thursday, March 19, 2009

CALON PAKATAN RAKYAT DUN BUKIT SELAMBAU


S Manikumar Calon Pakatan Rakyat DUN Bukit Selambau

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau bagi pilihanraya kecil 7 April depan. Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau.

Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut.Suruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac.

ULASANTAK KISAHLAH SAPER PUN CALONNYA. LAWAN TETAP LAWAN. LAWAN BERERTI LAWAN DENGAN PIHAK LAWAN DAN YANG DILAWAN ITU ADALAH PIHAK LAWAN. JANGANLAH PULA KITA LAWAN BAGI PIHAK DIRI KITA DAN JANGANLAH JUGA YANG DILAWAN ITU PIHAK KITA SENDIRI.

BUAT MASYARAKAT INDIA, BERSYUKURLAH CALON ITU DARI KALANGAN ANDA. JANGANLAH ANDA BERPECAH KERANA BERPECAH MEMBAWA ERTI ANDA AKAN DIPERHAMBAKAN SEMULA OLEH MIC.

KEPADA MASYARAKAT MELAYU DAN CINA, HULURKANLAH TANGAN ANDA UNTUK BEKERJASAMA MENGUBURKAN KETIDAKADILAN DAN KEZALIMAN BARISAN NASIONAL TERUTAMANYA UMNO.

FRU YANG MENJADI KUDA TUNGGANGAN UMNO









Walaupun himpunan yang dicadangkan diadakan di Simpang, Jalan Kuala Kangsar telah diubah ke Markas PAS Bukit Cempedak namun FRU telah mengambil langkah penuh bangang dan dungu menjaga lokasi awal himpunan tersebut.

Jalan sesak panjang berjela akibat daripada kebongokan ini ditambah lagi dengan projek projek mee segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sepanjang jalan pekan Trong.

Atas tu ada sikit gambar untuk nilaian semua. Nilailah sendiri sama ada apa yang puak puak nih buat nih sebagai perlakuan seorang manusia atau perlakuan sekelompok kaldai tunggangan.

TAKBIR !! TAKBIR !! TAKBIR !!


Berita melaporkan gerombolan tentera merah a.k.a FRU mengalami masalah di atas highway selepas keluar daripada terowong Menora berhampiran Kuala Kangsar. Sebuah Water Canon yang sarat berisi cecair kimia yang sering digunakan oleh tentera merah a.k.a FRU telah terbongkang di atas highway. Padan muka ko wahai lahanat.

Dunia bukan ko punya. Ambik ko. Rasakan pula betapa “nikmatnya” mandi dengan cecair yang sangat mesra alam itu. Jangan malu malu. Mandi jer. Enjoy it.

Semoga Allah swt membuka hari korang wahai FRU untuk menerima Islam tetapi kalau korang tetap juga nak beriman dengan loceng korang tu, semoga korang dilaknat seumur hidup.


Jahanam FRU !! Jahanam FRU !! Jahanam FRU !!

Hancur UMNO !! Hancur UMNO !! Hancur UMNO !!

Wednesday, March 18, 2009

KENAPA ORANG MELAYU LIAT NAK BERUBAH?


Nak berubah camner?...


Orang Melayu pi kedai buku tapi beli urtv, mangga dll...

Orang Melayu pi beli suratkhabar tapi beli Utusan, Berita Harian, Metro...

Orang Melayu ada teknologi maklumat tapi guna buat berita lebong, fitnah, gosip, tengok citer lucah...

Orang Melayu ada Astro tapi buka Astro Ria tengok AF, One In A Million...

Orang Melayu petang petang suka borak depan rumah sambil makan mempelam cecah garam...

Orang Melayu ada rak besar kat rumah tapi depa penuhkan dengan pinggan mangkuk BUKAN buku...

Orang Melayu ada Hasan Ahmad, Ungku Aziz,Nik Aziz, Usman Awang tapi lebih suker Mawi, Stacy dan Siti...

Orang Melayu bila bulan puasa ramai gak baca Quran tapi baca jer lah…

Orang Melayu ada bahasa ke 5 terbesar tapi lebih suka bahasa penjajah….

Orang Melayu suka mengata tapi pantang dikritik...

Orang Melayu beranak beranak jer dah jadi Islam, habis kat situ jer la...

Orang Melayu ada Al Quran tapi masih nak pakai Lord Reid...

Yang paling malang, orang Melayu ada Islam tapi tetap mahu yang sekular...

Habih camner...

PERHATIAN !!!!!!!!!!


Sila hubungi balai polis terdekat sekiranya anda terjumpa dengan makhluk di bawah sama ada hidup atau mati. Makhluk ini amat merbahaya kerana dia WIRA ADI JAGAT.

DEMONSTRASI MENGHALANG LAPORAN RASUAH OLEH PENYOKONG UMNO – GILA BABI ATAU LEBIH TERUK DARIPADA GILA BABI?

Malaysiakini melaporkan lebih kurang 50 orang penyokong UMNO atau lebih tepatnya penyokong Ali Ketam mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat SPRM cawangan Melaka bagi menghalang Shamsul Iskandar Mat Akin meninggalkan bangunan tersebut.

Kelompok ini terjerit jerit meminta Pakatan Rakyat jangan mencampuri urusan UMNO. “Jangan jaga tepi kain orang”. Tak ker gila babi namanya nih. Berdemonstrasi menyokong perasuah. Kelompok nih juga dilaporkan berbaring di atas jalan bagi menghalang kenderaan Shamsul Iskandar. Aik?! Macam tiru jer. Hahahahahahahaaa….

Berbaring di atas jalanraya untuk mempertahankan demokrasi itu mulia namanya tetapi berbaring atas jalan untuk mempertahankan perasuah itu gila babi namanya.

Lagi satu, takkanlah seluruh negeri Melaka tu hanya 50 orang tu jer yang sayangkan Ali Ketam? Mana ahli UMNO yang lain? Jawapannyer mudah. Orang Melaka pun dah meluat tahap cipan kat Ali Ketam sebab dia menyepit sana sini secara membabi buta mengalahkan babi yang buta.

Nasib ko lah Ketam.

Mana Budak Kotak yang pakai spekmata tu?? Takkan tertido kot. Tak Nampak ker? Mana hilang perjuangan ko nak banteras rasuah dulu? Perjuangan kepala bapak ko!!!!

Mana polis? Mana polis? Mana polis? Maksud aku, apsal polis tak belasah, tak sembur, dan tak bedil gas pemedih mata kepada puak puak nih? Kalau setakat nak jaga, berdiri keras macam tunggul mati, UNIT AMAL pun boleh.

Tapikan, bila fikir fikir balik, aku rasa, polis pun malas nak belasah, malas nak sembur, malas nak “bom” sebab setakat 50 orang jer hadir, aperlah sangat. Lepas anjing sekor pun dah bertempiaran lari puak puak UMNO nih.

Lainlah demonstrasi BERSIH ker, bantahan PPSMI ker. Itu puluh puluh ribu yang hadir. Kenalah bedil. Kenalah belasah. Kenalah sembur. Itupun tak bersurai. Bayangkan kalau setakat FRU lepas anjing jer. Mau dikejarnya anjing tu agaknya oleh budak budak muda nih.

Apa pun, makin terserlah ajal UMNO.

Kita masing masing ada mata dan telinga serta akal. Ada mata, tengok. Ada telinga dengar. Jangan jadi macam ahli UMNO yang ada mata tapi buta. Ada telinga tapi pekak. Ada akal tapi tak siuman.

Kasar kan bahasa aku? Takde pilihan sebab ahli UMNO di jenis sepak terajang jer. Bukan jenis pujuk pujuk. Dungu dan bebal serta kaldailah sesaper yang pujuk pujuk dengan UMNO nih.

KAJIAN : HANYA 4% KUASAI BAHASA INGGERIS MELALUI PPSMI

Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut."Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.


Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.


"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."


Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).


Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.


Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.


"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.


"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.


Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.


Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.


Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.


Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.


Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.


Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa gesaan pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.


Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.


Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.


Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.


Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.


Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.


"Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.


ULASAN - TAK TAHULAH LAPORAN DAN KAJIAN PIHAK MANA YANG MAMAT AUW NIH NAK DENGAR. MAYBE LAPORAN DAN KAJIAN DARIPADA JABATAN PARIT DAN ALIRAN KOT.

TG DATUK NIK AZIZ – KEPUTUSAN MUKTAMAR PERKUKUH PAKATAN RAKYAT PERLU DIPERTAHANKAN


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu keputusan yang dicapai pada muktamar PAS di Ipoh tahun lepas untuk memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat perlu dihormati.


Beliau berkata, sekiranya ingin membuat keputusan lain daripada apa yang dipersetujui pada muktamar itu, satu perjumpaan khas perlu diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.
"Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar.


"Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, mesyuarat khas mengenainya perlu diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima rombongan pelabur daripada Taiwan di pejabatnya hari ini.


Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya semua ahli parti bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan beliau akan akur.


"Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya," katanya.


Menurutnya juga pada muktamar tahun lalu telah diputuskan sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin Umno atau Barisan Nasional biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama.


Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS katanya, perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti.


"Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga.


"Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," tambahnya.


ULASAN - KITA AMAT MEMAHAMI BAHAWA TGNA MEMPUNYAI BACAAN DAN PEMAHAMANNYA SENDIRI. BEGITU JUGA DENGAN TGHH. TIDAK ADA PERBALAHAN SEBENARNYA. YANG ADA CUMA PERBEZAAN TAFSIRAN.

WALAU BAGAIMANA PUN, SELAKU AHLI BAWAHAN YANG MASIH HIJAU BACAAN POLITIKNYA, AKU RASA KITA MEMANG PERLU MEMANFAATKAN SETIAP PELUANG YANG ADA TETAPI KITA AMAT PERLU BERHATI HATI SUPAYA TIDAK TERTIPU DENGAN PELUANG YANG ADA. MANA TAHU, YANG DISANGKA AIR ITU MUNGKIN FATAMORGANA BELAKA.

PELUANG YANG ADA PERLU DIREBUT NAMUN JANGANLAH MENJADI TAMAK DENGAN PELUANG YANG TERHIDANG KERANA DITAKUTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.

KERJASAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT LEBUR KERANA KERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL YANG LEBIH HINA DARIPADA MUSANG BERBULU AYAM ITU.

JIKA BENAR KERJASAMA ITU MAHU DIWUJUDKAN TIDAK KIRALAH DI ANTARA UMNO - PAS ATAU BN - PR, KEMBALIKAN DAHULU HAK RAKYAT KELANTAN YANG DIRAMPAS SEJAK TAHUN 1990 OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG ZALIM ITU.

Tuesday, March 17, 2009

MUHASABAH UNTUK PARA DA’IE



Seorang yang berpelajaran tinggi, mungkin seorang doktor atau ustaz. Mahukah dia mendengar pendapat medical atau hukum daripada seorang yang lebih junior atau low level daripadanya?

Seorang yang berumur. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang muda?

Seorang yang alim. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang jahil?

Dalam tidak sedar, keegoan kita menjadi satu bentuk macam penghalang atau tabir untuk kita seek first to understand. Tambah pula dengan sikap kebanyakan kita yang suka melabel judge, justify something, someone awal-awal. Hakikatnya, pendapat seorang yang lebih junior tidak semestinya salah. Pendapat seorang yang muda tak semestinya tidak relevan. Begitu juga pendapat seorang yang jahil, tidak semestinya boleh ditolak bulat-bulat.

Sejujurnya, penulis rasa itulah kebanyakan masalah para da’ie kita sekarang ni. Kebanyakannya tenggelam dalam keegoan masing-masing dengan bersikap keras kepala - aku saja yang betul, serta sikap skeptic terhadap madue’ dengan berpendapat madue’ adalah low level, tak sampai tarafnya lagi dan sebagainya.

Apakah kita masih belum perasan, Allah Taala memberi dua telinga satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Dua kaki satu mulut supaya lebih banyak berjalan dari makan. Dua tangan satu mulut supaya lebih banyak menolong dari mengkritik. Dua mata satu mulut supaya lebih banyak perhatikan kebesaran Allah Taala, bukan ‘cakap tidak serupa bikin’.

So in order to seek first to understand, then to be understood, penulis menyeru kepada anda termasuk diri sendiri, kikislah sikap keras kepala kita. Kurangkanlah sikap ego kita, serta jauhilah dari sikap judging hanya atas kerana kita telah lama berada di bidang ini atau apa jua sebab sekalipun. Hakikatnya di sisi Allah Taala manusia itu sama sahaja, yang membezakannya hanyalah ketakwaan. Itu pun hanya Dia sahaja yang tahu.

UMNO : BUKAN CELAKA TETAPI DAJJAL


Amatlah bersopan dan berhemah serta sangat bijaksanalah orang orang yang menyokong UMNO ini.

UMNO YANG PENUH KEPOYOAN



Orang UMNO hanya syok sendiri....

Bermain politik hanya jaga kepentingan peribodi
Menjaga bangsa sebenarnya sedikit sekali
Keseluruhan hanya mengkayakan diri

Org UMNO hanya syok sendiri....

Terlalu suka berpolitik semata mata
Kerajaan salahpun tetap dipuji-puja
Terlalu prejudis pada bangsa
bila tidak sehaluan dengannya…!!!

Org UMNO hanya syok sendiri.....

Akhirnya Melayu yang kecewa
Yg dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran….
Menang sorak ,kampung tergadai
Jadilah spt si Kadok dgn baju kertasnya
koyak rabak baju krn mlompat sorak gembira
terlupa ia sebenarnya di pihak yg kalah jua

Org UMNO hanya syok sendiri....

Itulah intipati perjuangan U.M.N.O
Bangsanya entah di mana
bahasanya pun tak ke mana…
BuktinyaCubalah orang UMNO eja ..... U.M.N.O !!!!!!!!!!!
Ketemu tidak dengan kedaulatan bahasa ibundanya…….?????

MAJLIS JAMUAN RINGAN MERAIKAN PETUGAS PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

YB yang murah dengan senyuman

Sdra Omar Mohd Noor menerima sijil penghargaan bagi pihak PAS Kawasan Putrajaya

Mujahid Pak Amjal menerima sijil penghargaan bagi pihak PAS Kawasan Lembah Pantai

YB Hj Wahid sedang menyampaikan ucapan penghargaan

Ybhg Ustaz Halias yang mewakili UPU Paya Bunga. Beliau sediakan sendiri nasi minyak yang dijamu kepada para petugas yang hadir ke majlis ini

Antara para hadirin yang hadir

Hj Yaakob yang merupakan orang lama politik Malaysia


Majlis ini diadakan di Markas Tarbiyyah Taman Melewar bagi meraikan para petugas yang mencurahkan pengorbanan di Kuala Terengganu sehinggalah Allah swt memberikan kemenangan kepada calon PAS iaitu YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut.

Majlis bermula selepas solat Isyak berjemaah.

Ramai petugas “tegar” hadir ke majlis ini kerana ingin bertemu secara dekat dengan YB Hj Wahid dan rombongannya yang turut di serta oleh Ustaz Alias dan Sdra Zulkifli El iaitu pimpinan tempatan UPU Paya Bunga di mana petugas PAS WP diamanahkan untuk membantu serangan ke atas Barisan Nasional dan UMNO.

Untuk makluman, PAS masih kalah di UPU Paya Bunga tetapi jumlah undi UMNO/BN telah jatuh menjunam. InsyaAllah, sama sama kita doakan semoga pilihanraya yang akan dating, PAS akan menguasai UPU Paya Bunga ini.

Secara peribadinya, apa yang aku kesalkan adalah sikap para petugas dan orang ramai yang hadir ke majlis ini. Petugas “tegar” yang bertungkus lumus ketika pilihanraya kecil tersebut tidaklah begitu beriya-iya menghampiri YB Hj Wahid kerana individu-individu ini telah mewakafkan dirinya dan seluruh kehidupannya untuk jemaah. Namun, berbeza sekali dengan “pelancong-pelancong pilihanraya” yang sibuk menghampiri YB Hj Wahid untuk bercerita segala hasil kerja mereka ketika di Kuala Terengganu dulu.

Kenapa sikap munafik ini masih wujud di dalam jemaah yang sudah berusia lebih 50 tahun? Jawapannya mudah sahaja. Kegagalan system tarbiyyah. Kenapa system tarbiyyah ini gagal? Jawapannya juga mudah. Kerana lantikan tangkap muat. Asal ada. Jangan dikira siapa. Solat lewat waktu pun tak apa. Tinggal solat pun tak apa. Amal munafik pun tak apa asalkan serbannya besar.

Sampai bila pun tidak akan wujud keberkatan dan rahmat daripada Allah swt selagi mana perkara-perkara sebegini tidak dibersihkan daripada jemaah ini. Kemenangan telah kita capai. Janganlah kita hanya menilai kemenangan ini sebagai suatu anugerah daripada Allah swt tetapi nilaikan juga kemenangan ini sebagai suatu istidraj daripada Allah swt yang sudah benci melihat kemunafikan majoriti petugas kita.

Bersihkanlah jemaah ini daripada anasir anasir tidak siuman ini supaya Allah swt tidak menggantikan kita dengan kelompok lain untuk mendaulatkan Islam di tanahair tercinta ini.

Serban belum menjamin kita ke syurga. Jubah bukan jaminan untuk kita ke surga. Jawatan yang disandang membuatkan kita lebih dekat dengan neraka. Ahli bawahan perlukan bimbingan dan tidak memerlukan lakonan pimpinan. Iman bukan lakonan. Iman bukan atas apa yang disarungkan ke badan. Iman adalah suatu perkara yang mampu membezakan hitam dan putih dan bukannya mencampurkan hitam dan putih.

Orang yang yakin dengan agama akan faham hal ini tetapi orang yang buat buat faham agama akan berpura pura memahami hal ini. Allah swt sentiasa menilai perilaku kita setiap detik. Janganlah kita lupakan soal neraka hanya sanya kerana kita seorang “ustaz” kerana “ustaz” belum tentu ke syurga.

Pahit dan pedih kan? Itulah hakikat sebenar jemaah ini. Baikilah kelemahan yang ada tetapi janganlah pula menyerahkan labu kepada tikus yang hanya tahu merosakkan apa sahaja.

Apa pun, tahniah dan sekali lagi tahniah untuk para petugas pimpinan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu iaitu Ybhg Ust Mohd Nazir Zakaria dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan iaitu Ybhg Tuan Hj Mohd Noor Muhammad terutamanya Pak Amjal dan Pakya yang walaupun sudah lebih 70 tahun usia mereka tetapi masih gagah mengangkat pedang untuk memerangi kebejatan UMNO dan Barisan Nasional.

"UMNO BUKANLAH PARTI YANG MENGAMALKAN RASUAH" MAKSUDNYA "UMNOLAH BAPAK SEGALA PERASUAH"


Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Ali Rustam dan Khairy didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan Umno tahun ini.

Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.

Walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.

Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd. Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan Politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk dibawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.

Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan dibawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.

SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.

Lembaga disiplin UMNO memutuskan Ali Rustam dan Khairy bersalah. Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding dan Khairy pula boleh bertanding tetapi diberikan amaran.

Bekas Menteri Besar selangor, Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Oleh itu perjuangan Ali Rustam untuk merebut kerusi Timbalan Presiden UMNO setakat ini sahaja. Walaubagaimanapun lembaga disiplin UMNO tidak menggantung keahlian beliau.

Mat Taib pulak pastinya tersenyum lebar, sementara Muhyidin semakin terdesak. Sebelum ini Muhyidin mengangkat dirinya adalah calon yang kuat untuk berdamping dengan Najib. Calon lemah seperti Mat Taib tidak sesuai menjadi timbalan kepada Najib.

Mat Taib pula menyatakan bahawa calon Timbalan Presiden mestilah bukan orang yang bercita-cita menjadi Presiden dan beliau adalah yang palin layak. Betulkah??

Berita bahawa Ali Rustam didapati bersalah dalam kes politik wang bakal tersebar keseluruh pelosok Negeri Melaka bermula malam ini dan esok hari. Ali Rustam yang memang dah popular di Negeri Melaka yang kecil itu, akan bertambah popular dengan berita sensasi ini.

Rakyat Melaka sudah pasti tidak dapat membayangkan bagaimana mereka boleh dipimpin oleh pemimpin yang rasuah. Jika orang Melaka menganggap perkataan ‘lahabau’ itu biasa, apa pula gelaran yang sesuai untuk Ketua Menteri yang rasuah seperti ini?

Imej negeri Melaka sebagai negeri yang penuh bersejarah kini menambah koleksi sejarahnya, apabila dipimpin oleh Ali Rustam yang rasuah.

Rakyat Melaka semestinya sangat malu dengan apa yang dilakukan oleh Ali Rustam ini.

Oleh yang demikian, Ali Rustam mesti meletak jawatan sebagai Ketua Menteri sekiranya beliau menghormati rakyat Melaka. Jangan sampai rakyat Melaka sendiri yang memalukan beliau.

Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir.

Beliau sebelum ini berdepan dengan dakwaan melakukan kesalahan rasuah/sogokan politik, tindak tanduk ejen dan dakwaan mengadakan majlis dan pertemuan.

Manakala yang lainnya yang turut didapati bersalah dan digantung keahlian ialah Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Wanitanya, Salmah Pin.

Mokhtar digantung keahlian selama setahun manakala Salmah digantung keahlian selama tiga tahun, berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Turut dikenakan tindakan ialah empat pemimpin dan ahli Umno Umno bahagian Paya Besar, Pahang. Mereka ialah ahli biasa Datuk Abdul Manan Ismail yang digantung keahlian selama setahun,kerana mengadakan majlis dan pertemuan serta membuat kenyataan akhbar.

Manakala tiga lagi pemimpin bahagian tersebut diberi amaran atas kesalahan yang sama, iaitu Timbalan Ketuanya, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Naib Ketua bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan AJK bahagian, Mohd Zaili Besar.

Turut digantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Maran, Pahang, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (digantung tiga tahun mulai 13 Mac); Timbalan Ketua bahagian Kuala Krai, Kelantan, Amran Mat (digantung setahun mulai 12 Mac) dan ketua cawangan di Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain (digantung setahun mulai 12 Mac).

Manakala mereka yang didapati tidak bersalah ialah:

Timbalan Ketua bahagian dan Ketua Pemuda bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.

AJK bahagian Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.

Ketua bahagian Pendang, Datuk Paduka Md Rozai Shafian.

Timbalan Ketua bahagian Pendang, Shamsuddin Tahir.

AJK bahagian Pendang, Mohd Zaidi Othman.

Ketua bahagian Pasir Mas, Hanafi Mamat.

Timbalan Ketua cawangan (Pasir Mas), Shamsudin Che Hussein.

Timbalan ketua cawangan (Pasir Mas), Saari Hassan.

AJK bahagian Pasir Mas, Nor Azmawi Ab Rahman.

Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian, Anuar Safian.

Naib Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian, Bakri Yusoff.

AJK bahagian Maran, Mohamad Shahaimi Othman.

Penolong Bendahari Pemuda bahagian Johor Bahru, Mohd Shakir Abdul Rahman.

Sementara itu, Tengku Ahmad Rithuaddeen enggan mengulas ketika ditanya mengenai kedudukan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

Beliau juga tidak menyentuhkan tentang kedudukan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan politik wang minggu lalu.

ULASAN AKU - NO KOMEN. LU FIKIRLAH SENDIRI WAHAI RAKYAT MALAYSIA (BACA SEBAGAI AHLI UMNO) YANG MASIH BUTAKAN MATA DAN PEKAKKAN TELINGA.

Monday, March 16, 2009

RENUNGAN UNTUK SEMUA PENCINTA POLITIK

wahai UMNO

Kembalilah pada al-Quran.Kembalilah pada as-Sunnah
ikutilah contoh para sahabat, tabi'in
ikutialh contoh pemerintahan Umar Abd Aziz
buanglah politik wang
buanglah pembaziran
buanglah ketidakdilan
buanglah pelanggaran undang undang
bebaskan tahanan tanpa bicara
bercakaplah yang benarlakukanlah yang benar
murnikan semula apa yang rosak

wahai pengikut UMNO..

berfikirlah secara rasional
jangan cenderung kepada kezaliman
jangan turuti suruhan maksiat..siasatlah dulu berita yang datang
jangan mengampu untuk kepentingan diri sendiri
tegurlah kesalahan kepimpinan kalau ada kesalahan
nilailah pemimpin mengikut acuan Quran dan Sunnah

jangan menghina bangsa lain
kerana ..mereka juga manusia
mereka juga asal daripada Adam
mereka juga ada hak untuk hidup
Allah dah tentukan mereka hidup bersama-sama kita
sama seperti bangsa kita hidup di negara lain

wahai orang PAS

jadikan pengalaman sebagai pengajaran..

LEMBU KORBAN UMNO/BN DI BUKIT GANTANG

Yang diisytihar sebagai calon yang ada bunga tu tapi yang perasan macho yang pakai rayban tu....

Yer yer jer pakcik kopiah tu. Buat malu kat kopiah jer

Ramai giler cameraman. Maklumlah baru dilantik menjadi model Cemerlang Gemilang Terbilang

Nih kira campur Melayu Cina dengan India sekali baru dapat banyak nih. Kalau Pakatan Rakyat banyak nih baru India jer tu pun ambil sudut tak penuh

Bergambar..jangan tak bergambar. Tak lama lagi dah nak masuk muzium. Yang baju kuning tu dah dimuziumkan oleh UMNO sendiri

Model CEMERLANG GEMILANG TERBILANG sedang berbincang dengan Pengurus Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Leh percaya ker mamat baju batik nih?

Jefry Zain melopong tak dapat jadi calon walaupun yer yer tawarkan diri


Memang ramai yang hadir ke majlis pengisytiharan nih. Ramai tu sebenarnya bukan hadir tetapi dihadirkan oleh pemimpin UMNO yang masih menipu diri mereka sendiri bahawa UMNO masih mendapat sokongan majoriti rakyat. Pastu yang hadir tu pula akan jaja keliling kampung “kami hadir ke majlis bersama menteri dan kami dapat salam dengan menteri tu”.

Laa….dapat salam jer? Tak ker bengong, dungu dan bangang tahap cipan namanya nih.

Gambar gambar di ruangan atas memang menunjukkan ramai yang hadir. Risau juga hati aku dibuatnya. Maklumlah aku kena bertugas di UPU yang UMNO tahap hangit waktu di Bukit Gantang nanti. Tapi bila aku tengok gambar yang paling bawah nih…aku ketawa sampai tersedak. Padanlah ramai…diangkut berbas bas entah dari mana entah. Kalau macam nih lah caranya, rasanya buang masa jer kalau aku risau. Sah UMNO/B kecut dan penakut.

Enjoy it.

Sunday, March 15, 2009

POKOK PUN UMNO/BN TAKUT !!!!!!!

Dah simpah cat pun masih tak puas ati gak - maka cabut jer lah

Lepas dipecahkan, masih tak puas hati - simbah tar plak

Plak Demokrasi dipecahkan oleh jembalang belaan UMNO/BN

YB Drs Khalil Idham Lim

Plak Demokrasi selepas dirasmikan

YB Lim Kit Siang turut hadir menyatakan sokongan

YAB Ir Hj Nizar diberikan penghormatan untuk merasmikanPlak Demokrasi

Pokok Demokrasi yangmenghantui UMO/BN


Penakut nak mampos. Itu jer yang aku leh cakap. Terserlah kejakunan UMNO/BN. Takde perkataan yang boleh menggambarkan betapa penakut dan dayusnya UMNO/BN. Takut anak cucu tau atuk-atuk mereka nih kaki kencing ker?

Hish. Mampos UMNO/BN.

ISMAIL SAPIAN - MUSANG BERBULU AYAM


Belum pun bergelar Yang Berhormat, sudah pandai menipu rakyat Bukit Gantang!!

Calon BN Bukit Gantang Jual Temberang Di Hari Kedua Diisytiharkan Calon!!

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini, Ismail Saffian percaya ketika ini telah ada ‘angin perubahan‘ di kalangan masyarakat setempat yang akan memihak kepada BN, lebih-lebih lagi selepas pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan meletakkan anak tempatan sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Angin perubahan apa? Angin perubahan kerana calon BN anak tempatan? Jadi jika Pas juga meletakkan anak tempatan bermakna ada angin perubahan dalam Pas jugalah, ya?

Satu lagi, adakah kajian dari mana-mana pihak yang membuktikan angin perubahan rakyat Perak adalah menyokong kembali BN?

Yang kita nampak setakat ini ialah beberapa kajian pendapat umum tentang politik Perak pernah dibuat antaranya oleh Merdeka Centre, NTV7 dan star online. Semua kajian yang dijalankan itu nampaknya tidak memihak kepada BN. Justru, adakah rumusan kajian yang tidak memihak kepada BN itu adalah sebagai bukti wujudnya ‘angin perubahan’ - maksuidnya bukan angin perubahan menyokong BN, tetapi ialah angin perubahan yang menambah simpati dan sokongan rakyat kepada PR?

Dua hari lepas Merdeka Centre mengeluarkan satu lagi keputusan kajiaan mengenai kepimpinan UMNO. Kajian terbaru yang dibuat oleh Merdeka Center ke atas 1,031 responden menunjukkan hanya 19 peratus sahaja responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara berbanding 3 peratus responden India dan 1 peratus responden Cina yang memberi pendapat yang sama.

Tapi jika calon BN Bukit Gantang menyatakan ada angin perubahan sedang bertiup menyokong BN, ia satu kenyataan yang boleh dipertikaikan kerana tidak disusuli dengan apa-apa kajian atau bukti yang ilmiah dan kukuh. Nampaknya belum pun bergelar Yang Berhormat, calon tersebut sudah pandai menipu rakyat Bukit Gantang!!