Wednesday, March 18, 2009

DEMONSTRASI MENGHALANG LAPORAN RASUAH OLEH PENYOKONG UMNO – GILA BABI ATAU LEBIH TERUK DARIPADA GILA BABI?

Malaysiakini melaporkan lebih kurang 50 orang penyokong UMNO atau lebih tepatnya penyokong Ali Ketam mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat SPRM cawangan Melaka bagi menghalang Shamsul Iskandar Mat Akin meninggalkan bangunan tersebut.

Kelompok ini terjerit jerit meminta Pakatan Rakyat jangan mencampuri urusan UMNO. “Jangan jaga tepi kain orang”. Tak ker gila babi namanya nih. Berdemonstrasi menyokong perasuah. Kelompok nih juga dilaporkan berbaring di atas jalan bagi menghalang kenderaan Shamsul Iskandar. Aik?! Macam tiru jer. Hahahahahahahaaa….

Berbaring di atas jalanraya untuk mempertahankan demokrasi itu mulia namanya tetapi berbaring atas jalan untuk mempertahankan perasuah itu gila babi namanya.

Lagi satu, takkanlah seluruh negeri Melaka tu hanya 50 orang tu jer yang sayangkan Ali Ketam? Mana ahli UMNO yang lain? Jawapannyer mudah. Orang Melaka pun dah meluat tahap cipan kat Ali Ketam sebab dia menyepit sana sini secara membabi buta mengalahkan babi yang buta.

Nasib ko lah Ketam.

Mana Budak Kotak yang pakai spekmata tu?? Takkan tertido kot. Tak Nampak ker? Mana hilang perjuangan ko nak banteras rasuah dulu? Perjuangan kepala bapak ko!!!!

Mana polis? Mana polis? Mana polis? Maksud aku, apsal polis tak belasah, tak sembur, dan tak bedil gas pemedih mata kepada puak puak nih? Kalau setakat nak jaga, berdiri keras macam tunggul mati, UNIT AMAL pun boleh.

Tapikan, bila fikir fikir balik, aku rasa, polis pun malas nak belasah, malas nak sembur, malas nak “bom” sebab setakat 50 orang jer hadir, aperlah sangat. Lepas anjing sekor pun dah bertempiaran lari puak puak UMNO nih.

Lainlah demonstrasi BERSIH ker, bantahan PPSMI ker. Itu puluh puluh ribu yang hadir. Kenalah bedil. Kenalah belasah. Kenalah sembur. Itupun tak bersurai. Bayangkan kalau setakat FRU lepas anjing jer. Mau dikejarnya anjing tu agaknya oleh budak budak muda nih.

Apa pun, makin terserlah ajal UMNO.

Kita masing masing ada mata dan telinga serta akal. Ada mata, tengok. Ada telinga dengar. Jangan jadi macam ahli UMNO yang ada mata tapi buta. Ada telinga tapi pekak. Ada akal tapi tak siuman.

Kasar kan bahasa aku? Takde pilihan sebab ahli UMNO di jenis sepak terajang jer. Bukan jenis pujuk pujuk. Dungu dan bebal serta kaldailah sesaper yang pujuk pujuk dengan UMNO nih.

No comments:

Post a Comment