Wednesday, March 18, 2009

TG DATUK NIK AZIZ – KEPUTUSAN MUKTAMAR PERKUKUH PAKATAN RAKYAT PERLU DIPERTAHANKAN


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu keputusan yang dicapai pada muktamar PAS di Ipoh tahun lepas untuk memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat perlu dihormati.


Beliau berkata, sekiranya ingin membuat keputusan lain daripada apa yang dipersetujui pada muktamar itu, satu perjumpaan khas perlu diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.
"Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar.


"Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, mesyuarat khas mengenainya perlu diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima rombongan pelabur daripada Taiwan di pejabatnya hari ini.


Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya semua ahli parti bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan beliau akan akur.


"Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya," katanya.


Menurutnya juga pada muktamar tahun lalu telah diputuskan sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin Umno atau Barisan Nasional biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama.


Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS katanya, perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti.


"Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga.


"Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," tambahnya.


ULASAN - KITA AMAT MEMAHAMI BAHAWA TGNA MEMPUNYAI BACAAN DAN PEMAHAMANNYA SENDIRI. BEGITU JUGA DENGAN TGHH. TIDAK ADA PERBALAHAN SEBENARNYA. YANG ADA CUMA PERBEZAAN TAFSIRAN.

WALAU BAGAIMANA PUN, SELAKU AHLI BAWAHAN YANG MASIH HIJAU BACAAN POLITIKNYA, AKU RASA KITA MEMANG PERLU MEMANFAATKAN SETIAP PELUANG YANG ADA TETAPI KITA AMAT PERLU BERHATI HATI SUPAYA TIDAK TERTIPU DENGAN PELUANG YANG ADA. MANA TAHU, YANG DISANGKA AIR ITU MUNGKIN FATAMORGANA BELAKA.

PELUANG YANG ADA PERLU DIREBUT NAMUN JANGANLAH MENJADI TAMAK DENGAN PELUANG YANG TERHIDANG KERANA DITAKUTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.

KERJASAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT LEBUR KERANA KERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL YANG LEBIH HINA DARIPADA MUSANG BERBULU AYAM ITU.

JIKA BENAR KERJASAMA ITU MAHU DIWUJUDKAN TIDAK KIRALAH DI ANTARA UMNO - PAS ATAU BN - PR, KEMBALIKAN DAHULU HAK RAKYAT KELANTAN YANG DIRAMPAS SEJAK TAHUN 1990 OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG ZALIM ITU.

No comments:

Post a Comment