Tuesday, March 17, 2009

MAJLIS JAMUAN RINGAN MERAIKAN PETUGAS PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

YB yang murah dengan senyuman

Sdra Omar Mohd Noor menerima sijil penghargaan bagi pihak PAS Kawasan Putrajaya

Mujahid Pak Amjal menerima sijil penghargaan bagi pihak PAS Kawasan Lembah Pantai

YB Hj Wahid sedang menyampaikan ucapan penghargaan

Ybhg Ustaz Halias yang mewakili UPU Paya Bunga. Beliau sediakan sendiri nasi minyak yang dijamu kepada para petugas yang hadir ke majlis ini

Antara para hadirin yang hadir

Hj Yaakob yang merupakan orang lama politik Malaysia


Majlis ini diadakan di Markas Tarbiyyah Taman Melewar bagi meraikan para petugas yang mencurahkan pengorbanan di Kuala Terengganu sehinggalah Allah swt memberikan kemenangan kepada calon PAS iaitu YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut.

Majlis bermula selepas solat Isyak berjemaah.

Ramai petugas “tegar” hadir ke majlis ini kerana ingin bertemu secara dekat dengan YB Hj Wahid dan rombongannya yang turut di serta oleh Ustaz Alias dan Sdra Zulkifli El iaitu pimpinan tempatan UPU Paya Bunga di mana petugas PAS WP diamanahkan untuk membantu serangan ke atas Barisan Nasional dan UMNO.

Untuk makluman, PAS masih kalah di UPU Paya Bunga tetapi jumlah undi UMNO/BN telah jatuh menjunam. InsyaAllah, sama sama kita doakan semoga pilihanraya yang akan dating, PAS akan menguasai UPU Paya Bunga ini.

Secara peribadinya, apa yang aku kesalkan adalah sikap para petugas dan orang ramai yang hadir ke majlis ini. Petugas “tegar” yang bertungkus lumus ketika pilihanraya kecil tersebut tidaklah begitu beriya-iya menghampiri YB Hj Wahid kerana individu-individu ini telah mewakafkan dirinya dan seluruh kehidupannya untuk jemaah. Namun, berbeza sekali dengan “pelancong-pelancong pilihanraya” yang sibuk menghampiri YB Hj Wahid untuk bercerita segala hasil kerja mereka ketika di Kuala Terengganu dulu.

Kenapa sikap munafik ini masih wujud di dalam jemaah yang sudah berusia lebih 50 tahun? Jawapannya mudah sahaja. Kegagalan system tarbiyyah. Kenapa system tarbiyyah ini gagal? Jawapannya juga mudah. Kerana lantikan tangkap muat. Asal ada. Jangan dikira siapa. Solat lewat waktu pun tak apa. Tinggal solat pun tak apa. Amal munafik pun tak apa asalkan serbannya besar.

Sampai bila pun tidak akan wujud keberkatan dan rahmat daripada Allah swt selagi mana perkara-perkara sebegini tidak dibersihkan daripada jemaah ini. Kemenangan telah kita capai. Janganlah kita hanya menilai kemenangan ini sebagai suatu anugerah daripada Allah swt tetapi nilaikan juga kemenangan ini sebagai suatu istidraj daripada Allah swt yang sudah benci melihat kemunafikan majoriti petugas kita.

Bersihkanlah jemaah ini daripada anasir anasir tidak siuman ini supaya Allah swt tidak menggantikan kita dengan kelompok lain untuk mendaulatkan Islam di tanahair tercinta ini.

Serban belum menjamin kita ke syurga. Jubah bukan jaminan untuk kita ke surga. Jawatan yang disandang membuatkan kita lebih dekat dengan neraka. Ahli bawahan perlukan bimbingan dan tidak memerlukan lakonan pimpinan. Iman bukan lakonan. Iman bukan atas apa yang disarungkan ke badan. Iman adalah suatu perkara yang mampu membezakan hitam dan putih dan bukannya mencampurkan hitam dan putih.

Orang yang yakin dengan agama akan faham hal ini tetapi orang yang buat buat faham agama akan berpura pura memahami hal ini. Allah swt sentiasa menilai perilaku kita setiap detik. Janganlah kita lupakan soal neraka hanya sanya kerana kita seorang “ustaz” kerana “ustaz” belum tentu ke syurga.

Pahit dan pedih kan? Itulah hakikat sebenar jemaah ini. Baikilah kelemahan yang ada tetapi janganlah pula menyerahkan labu kepada tikus yang hanya tahu merosakkan apa sahaja.

Apa pun, tahniah dan sekali lagi tahniah untuk para petugas pimpinan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu iaitu Ybhg Ust Mohd Nazir Zakaria dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan iaitu Ybhg Tuan Hj Mohd Noor Muhammad terutamanya Pak Amjal dan Pakya yang walaupun sudah lebih 70 tahun usia mereka tetapi masih gagah mengangkat pedang untuk memerangi kebejatan UMNO dan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment