Saturday, March 14, 2009

IR NIZAR – SAYA ADALAH SEORANG JUTAWAN SEBELUM SAYA MENJADI MENTERI BESAR


Osman Jailu al-Kataki kata Ir Nizar ada kepentingan dalam banyak perkara yang Ir Nizar putuskan di Perak. Maknanya, Osman jailu al-Kataki kata Ir Nizar membolot banyak hasil negeri dan masukkan ke kantung sendiri.

Ini jawapan balas Ir Nizar.

On Osman's allegation that he had personal gain or interest in decisions made by the then Pakatan Rakyat government, Nizar said: "I was a millionaire even before I became a wakil rakyat. When I became menteri besar, I was worse off.

"Because of (serving) the people, I hardly get RM15,000 a month. I could have easily earned RM40,000 a month as an engineer."

Berkenaan tuduhan bahawa beliau mempunyai pelbagai kepentingan peribadi dalam banyak keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Ir Nizar berkata – “Saya adalah seorang jutawan sebelum saya menjadi menteri Besar. Sebaik sahaja saya menjadi Menteri Besar, kehidupan saya menjadi begitu teruk sekali”.

“Kerana memilih untuk berkhidmat kepada rakyat, maka saya hanya dibayar RM15 000 setiap bulan. Ketika saya menjadi seorang jurutera dahulu, saya dibayar RM40 000 pada setiap bulan”.


Jawablah Osman Jailu al-Kataki. Jangan main bedal jer. Bukan apa, takut terbedal batang hidung sendiri jer.

PADAN MUKA ENGKAU BIJAN

Kenapa muka mamat nih jadi macam tu?






Walaupun aku kurang selesa dengan cara yang sebegini namun aku tidak dapat menafikan hak orang ramai untuk meluahkan perasaan. Rakyat dah muak, dah nak termuntah dan dah terbelahak dengan game semua mangkok ayun nih.

Memang dah takde cara lain lagi dah untuk meluahkan perasaan terhadap petualang bangsa dan konco-konconya. Mereka mendakwa merekalah pejuang bangsa yang tulen namun hakikatnya merekalah yang memundurkan anak bangsa ini sehingga menjadi benar benar mundur dan ketinggalan.

Cukup cukuplah rakyat diperbodohkan. Berubahlah wahai rakyat Malaysia. Jika anda gagal berubah, bererti anda memang bodoh dan memang sesuai diperbodohkan.

PERTEMPURAN ANTAH PPSMI 31

Di hadapan Masjid Negara sebelum bersurai
YB Sallehuddin, Dr Syed Azman an Prof Datuk Dr Mahfoz pun jadi mangsa keganasan FRU

Walapun pedih tapi anak muda ini masih mampu senyum

Bukti bahawa bantahan PPSMI bukan bersifat perkauman. Yang atas nih sekumpulan anak Cina. Tak tahulah pula kot kot Mamat Auw tu kata yang nih Melayu.

TG Hj Hadi dan Hj Azmi TERAS pun kena sembur juga

FRU memang menggila. Yang merusuh tu FRU bukan kami.

FRU bedil sesuka hati ke arah kami

Pedihkan? Takper. Sekurang kurangnya rakyat tak marah sbb inilah pimpinan berjiwa rakyat.

Pak Samad yang sentiasa cool

Keranda 152 sumbangan para mahasiswa

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD – UMNO BERTINDAK DI LUAR PERLEMBAGAAN


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rampasan kuasa dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat oleh Umno/BN tidak mengikut perlembagaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, banyak kesilapan, strategi yang salah dan kecuaian berlaku dalam ' rampasan kuasa' 5 Feb itu, yang dirancangkan oleh TPM DS Najib sehingga mendorong kepada krisis semasa di Perak.

"Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan dewan undangan negeri," katanya pada majlis anjuran Mubarak.

"Umno-BN terlalu cuai dan tidak menunggu persidangan DUN tetapi sebaliknya meminta perkenan Sultan Perak supaya menyingkirkan Menteri Besar," katanya merujuk pada keputusan Sultan Azlan Shah meminta Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

"Setahu saya, tiada peruntukan seumpama itu dalam Perlembagaan Negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan."

Dr Mahathir berkata oleh kerana itu, kini mahkamah boleh membuat keputusan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.

BN sepatutnya mematuhi undang-undang negara, terutama Perlembagaan, katanya sambil menegaskan bahawa sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang akan menyebabkan rakyat tidak menerimanya.

"Kita telah membuat kesilapan dalam tindakan yang diambil, jadi kini rakyat menentang kita,"katanya yang keluar daripada Umno pada tahun lepas.

ULASAN AKU MUDAH JER. KALAU DAH NAMA UMNO TU, BUKANNYA RETI APA PUN. YANG ADA TU SEMUA KALDAI DAN BATANG PENYAPU BELAKA. TUN PUN DULU KALDAI GAK. SEKARANG NIH BARU BERUBAH SIKIT JADI KUDA PADI.

BILA DEPA BUAT, OH INI MENGIKUT LUNAS UNDANG UNDANG. BILA PAKATAN RAKYAT BUAT, OH INI LANGGAR UNDANG UNDANG DAN TIDAK BERETIKA.

SAMALAH JUGA DENGAN BEBERAPA KERAT PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG ADA SEKARANG NIH. MASIH DOK BAWAK PERANGAI UMNO JUGAK LAGI WALAUPUN DAH DUDUK DALAM PR.

AKU BUKAN FITNAH. AKU KATA SUNGGUH. BUKTINYA, BILA MENANG, SEMUA BEREBUT. DULU MASA KALAH, TAK NAMPAK MUKA PUN. KESIAN AKU TENGOK MUKA MUKA YANG BERJUANG SEJAK TAHUN 1998 SAMPAI SEKARANG.

YANG BERAIR PUNGGUNG BERJUANG, ORANG BAWAHAN. YANG DAPAT LABA PERJUANGAN, YANG BARU DUA TIGA HARI MASUK PKR. BUKAN PERANGAI UMNO KER MACAM TU?

Tuesday, March 10, 2009

PERTEMPURAN BANTAH PPSMI 30

Mencari perlindungan daripada kekejaman FRU

Pak samad yang sentiasa menjadi tumpuan golongan muda

Memang memedihkan.....

Prof Dr Abdullah Hassan dan Prof Dr Shahril Mohd Zin basah kuyup kerana disembur oleh FRU

Berlindung di bawah jejantas daripada gas pemedih mata FRU

Pak Samad pun kena juga

Orang tua berhati waja

Dr Hassan Ahmad bergurau sewaktu hujan renyai renyai

Cikgu Azizi Hj Abdullah

Hasni Abbas dan Salehuddin pun basah kuyup

CINTAKAN AGAMA DAN BANGSAKAH JIKA HANYA SEKADAR MENGUCUP KERIS ADAT ??

Ketua budak budak UMNO

Setakat cium keris adat...Mak Enon pun boleh

Raja Lawak Bodoh

Budak budak UMNO yang dungu tu bolehlah ko tipu

Poyo yang paling poyo sekali mamat nih lah


Sedih menyaksikan makhluk Allah swt yang seekor nih. Lu fikirlah sendiri.......

PROF DR ABDULLAH HASSAN – DIA INGAT SEMUA ORANG BANGANG DAN TIDAK TAHU MALU.


Sekadar ingin menjawab tuduhan Hishamuddin Hussein, bahawa pejuang bahasa didalangi parti pembangkang: Dia ingat semua orang bangang. Tak tahu malu.

Yang turun menolak PPSMI di jalan raya pada 7 Mac lalu adalah profesor, ilmuan, dan para cendekiawan. Datuk Dr Hassan Ahmad adalah Duta Malaysia ke UNESCO (1989-1994). Masuk akal ke diperalatkan? Sekiranya ahli parti PAS turun sama, itu adalah kerana mereka terkesan dengan isu ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat penyokong PAS yang turun TANPA bendera, dan lambang bulan parti Islam tersebut. Malangnya, ada parti yang tak reti bahasa (bahawa isu ini isu supra yang mengatasi parti), di mana ada penyokongnya tetap turun membawa simbol parti. Presidennya tak kelihatan pun di jalan raya. Sakit belakang agaknya. Yang ini pun kita tak boleh halang, kalau mereka nak ikut sama; apakan daya.

Saya ingin mengingatkan Hishamuddin kalau sudah namanya parti politik tentulah mereka akan berpolitik dan menangguk isu yang dapat membuatkan parti tersebut meraih perhatian. Jadi hairan apa? Yang menghairankan ialah apabila Pak Lah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan isu PPSMI ini perlu ditangani segera, dia pula kata ia tak perlu disegerakan.

Bolehlah ketawa sekarang. Tak tahu malu.

Orang perhati.

Macam saya kata, melawan seniman padahnya tetap ada. Orang perhati.

Kalau dikatakan kami tak bantah dari dulu, tolonglah waras dan kucup keris berkali-kali. Buku elektronik di bawah ini mengandungi hujah untuk memansuhkan PPSMI.

A SAMAD SAID – PEDIH TETAPI SEDAP



"WALAUPUN pedih, tapi 'sedap'," usik Sasterawan Negara, A Samad Said ketika menceritakan pengalamannya meranduk asap gas pemedih mata dan semburan air asid dari trak 'water cannon'.

"Ramai yang bertanya saya. Adakah saya diperalat dalam perhimpunan tersebut. Dan berkali-kali saya menegaskan, saya tidak diperalat. Tetapi saya dimanfaat," jawab beliau lagi.

Penegasan itu sekaligus menolak dakwaan Menteri Pelajaran, Dato Seri Hisyamuddin Hussein yang dari awal menempelak Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) sebagai alat atau perkakas kepada parti-parti pembangkang.

Beliau yang begitu bersemangat, dan sanggup meredah halangan polis berarak ke Istana Negara, sekaligus menangkis dakwaan pihak BN kononnya beliau diperalatkan dalam "Himpunan 100,000 Rakyat Mansuhkan PPSMI" pada 7 Mac lalu.

A.Samad yang lebih dikenali sebagai Pak Samad sewaktu ditemui selepas sidang media Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) di Rumah Pena pada 9 Mac lalu, juga menegaskan sungguhpun terkena semburan gas pemedih mata, beliau tidak gentar apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

"Walaupun saya terkena semburan gas pemedih mata, itu bukanlah penghalang untuk saya meneruskan perjuangan demi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya tidak akan serik. Saya akan berjuang hingga PPSMI dihapuskan.

"Ini adalah pengalaman saya yang pertama menyertai perhimpunan aman. Dan pengalaman pertama inilah juga saya saya merasai pengalaman terkena gas pemedih mata. Bukan sekali tetapi tiga kali saya terkena semburan itu. Walaupun pedih, tetapi 'sedap'," katanya sambil berseloroh.

Jelas Pak Samad, beliau tidak menjangkakan akan terkena semburan gas pemedih mata yang dilepaskan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Malahan beliau yang tidak mempunyai pengalaman menyertai mana-mana perhimpunan, terlupa untuk membuat 'persediaan' sekiranya berlaku situasi seperti itu.

Sepatutnya, beliau membawa air, tuala basah dan garam untuk berdepan dengan apungan asap gas pemedih mata. Namun, kehadiran Pak Samad telah menaikkan lagi semangat para penentang PPSMI yang hadir kira-kira hampir 100,000 orang itu.

Di kalangan mereka, ramai juga yang mengenakan tshirt putih dihiasi gambar Sasterawan Negara yang kini berusia lebih 70 tahun itu. Pak Samad antara Sasterawan Negara yang gigih turun padang memenuhi 'road show' bagi menjelaskan kepada rakyat tentang penentangan dan keburukan PPSMI di seluruh negara.

KELAKAR BANGSAT


Aku tak tau gambar nih ori ke tak tapi aku rasa memang patut kita kongsi dalam waktu waktu tegang macam nih. Kebetulan pulak makhluk nih pun berasal dari group sarkas gak. Tajuk tu pulak memang aku nak tulis KELAKAR BANGSAT. Jangan pula ada yang fikir aku silap eja nak tulis KELAKAR BANGAT. Enjoy it.

PROFESOR PROFESOR MELAYU DALAM BIDANG SAINS YANG MENENTANG PPSMI



Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269

Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273

Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107

Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183

Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853

Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965

Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177

Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433

Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236

Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992

Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094

Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780

Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057

Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043

Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193

Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834

Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038

Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020

Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).

Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083

Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477

Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560

Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733

Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373

Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491

Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147

Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483

Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073

Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269

Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179

Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543

Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097

Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491

Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167

Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541

Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).

Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).

Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273

Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032

Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415

Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203

Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920

Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035

Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419

Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377

Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283

Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131

Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119

Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepejal). KP: 470901075111

Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009

Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187

Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976

Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272

Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173

Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291

Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233

Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233

Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049

Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141

Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459

Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665

Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627

Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573

Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi Maklumat): KP 4478636

Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447

Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575

Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101

Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

WAWANCARA DATO’ DR HASSAN AHMAD SELEPAS HIMPUNAN BANTAH PPSMI



"Kami semua baik-baik. Dipancut air atau gas kami tidak melawan. Itulah kerana hendak mempertahankan bahasa kebangsaan."

Pelbagai soalan timbul selepas memorandum membantah PPSMI dihantar ke Istana Negara. Demonstrasi lebih 100,000 orang telah mengejutkan Perdana Menteri. Seperti lazimnya polis menggunakan hujah, perhimpunan tersebut tidak mengikut kehendak permit, melanggar peraturan sehingga membawa kekecohan sebagai alasan untuk memburuk-burukkan perhimpunan aman.

Bagaimanapun himpunan tersebut membawa satu kejayaan kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu dalam memperjuangkan hak untuk mengembalikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Namun 1001 cabaran berada di depan.

Ikuti transkripsi penuh sidang media yang Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diwakili Pengerusinya, Dato' Dr Hassan Ahmad yang diadakan di rumah Pena pada 9 Mac lalu. Wartawan Harakah, Nyza Ayob mengikutinya dari dekat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana sudi hadir pada sidang akhbar ini. Saya ingin memberitahu tentang hasil usaha serta ikhtiar kami untuk memberitahu kerajaan tentang megnapa PPSMI ini patut dimansuhkan. Pertama, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana dalam kenyataannya di akhbar semalam (8 Mac) menunjukkan reaksi positif dan agak baik. Beliau berjanji akan membawa isu ini pada Persidangan Umno akan datang supaya masalah PPSMI ini diselesaikan segera dan sebaik-baiknya sebelum timbul isu-isu lain yang lebih buruk.

Dalam mesyuarat kami sebelum sidang media ini, kami bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan lagi pendirian kami bahawa GMP adalah satu gerakan aman. Usaha kami hanya meminta kerajaan kembali kepada dasar lama yang kami anggap adalah dasar yang sangat baik dan tidak pernah menimbulkan masalah besar. Dasar lama itu adalah pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains hendaklah dikembalikan dasarnya kepada bahasa kebangsaan di sekolah kebangsaan dan kepada bahasa ibunda iaitu bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan.

Itu sahaja tujuan kami. Tidak lebih dan tidak kurang. Dan kami anggap ini adalah untuk kepentingan semua kaum termasuklah ibu bapa dan guru-guru. Dan kami tidak mahu bahasa kebangsaan menjadi bahasa pinggiran dan hanya menjadi bahasa kebangsaan daripada segi simbolik sahaja tetapi tidak mempunyai nilai ilmu dan pembangunan. Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku.

Jadi kesannya buruk sekiranya pelajar Melayu tidak boleh lagi menuntut ilmu khususnya dalam bidang sains yang merangkumi kira-kira 89 bidang sains. Jika ia tidak lagi diajar dalam bahasa kebangsaan, kita tidak akan menjadi bangsa yang mengetahui ilmu kedoktoran dan kejuruteraan. Dan kita tidak boleh lagi menjadi bangsa Melayu yang boleh menjadi ahli kimia yang boleh berbahas, menulis buku dan berbincang dalam bahasa sendiri mengenai ilmu-ilmu ini. Itulah kesan buruknya yang diharap dapat dicegah sekarang ini.

Ada juga sesetengah pihak yang menyatakan mengapa sekarang GMP membantah. Sebenarnya bukan GMP sahaja. Banyak lagi pihak-pihak lain yang 'bising' dan mendesak sejak 2003 agar PPSMI dimansuhkan. Bukan baru sekarang. Dan kerajaan pula memberitahu, tunggulah sehingga lapan tahun. Buat apa kita hendak tunggu sehingga lapan tahun. Ia akan menimbulkan banyak masalah lain seperti untuk menggantikan buku-buku teks. Ini bukan desakan baru selepas enam tahun.

Malah sebelum 2003 juga pelbagai seminar, kongres serta forum meminta supaya bahasa kebangsaan dan dasar bahasa kebangsaan itu dilaksanakan dengan tegas dan sebaik-baiknya. Selain itu, kami juga selalu tegaskan dan jangan ada yang menyangkan GMP ini menentang bahasa Inggeris. Malah kita mahu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah- sekolah dipertingkatkan kaedah pengajarannnya. Ia harus diperbaiki supaya pelajar-pelajar kita terutama di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di luar bandar dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah selama 11 tahun.

Jika kaedahnya baik, pelajar masih tidak dapat bercakap atau menggunakan bahasa dengan baik dan lancar, tentu ada kesilapan pada sistemnya. Tidak boleh kita mengatakan pelajar lembap atau tidak suka bahasa Inggeris. Dan pelajar-pelajar Melayu dalam subjek bahasa Melayu juga ada yang lemah malah dalam peperiksaan ada yang gagal. Dalam keputusan peperiksaan 2004 dan 2005, 40,000 lebih pelajar Melayu yang lemah bahasa kebangsaannya. Ini masalah yang harus diselesaikan bukan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Sebelum 2003, saya sering bertanya kepada pihak yang menjaga sistem pendidikan negara ini. Saya bertanya, cuba sebutkan dua atau tiga sebab mengapa dasar lama yang telah baik itu diubah. Kalau tidak boleh sebut tiga, sebut satu ajelah. Apakah ia dapat memudaratkan bangsa kita dan apakah bangsa kita tidak boleh maju jika tidak belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris? Dan apakah ia menyebabkan pelajar kita tidak pandai matematik dan sains jika diajar dalam bahasa ibunda atau kebangsaan? Adakah contohnya?

Kita bukan anti bahasa Inggeris. Malah kerajaan menjadikan bahasa Inggeris pelajaran wajib sejak merdeka. Umno sendiri waktu itu semangat kebangsaan kuat sebelum merdeka. Tetapi mereka menerima keputusan kerajaan Perikatan supaya bahasa Inggeris dikekalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai bahasa wajib diajar di semua sekolah. Saya anggap dasar yang sedia ada paling baik dalam negara kita yang pelbagai kaum ini. Kenapa hendak dihapus dan dimusnah.

Seterusnya ada pihak yang mengatakan jika dilihat pada situasi 7 Mac, GMP sudah jadi gerakan politik dan sudah diambil alih orang politik tidak kira daripada parti mana. Kami tidak tahu pun tentang hal ini. Kami hanya tahu GMP hanya berusaha untuk meminta kerajaan mengembalikan dasar lama. Itu dasar kami. Jika beratus-ratus ribu malah berjuta orang hendak menyokong, apa kami boleh buat. Sama ada daripada PAS, KeADILan atau Umno serta DAP, kami tidak boleh tolak.

Apa niat mereka, apa agenda mereka, kita tidak tahu. Kami tidak boleh tanya, contohnya kepada Dato Seri Abdul Hadi Awang "Dato' ni menyokong kami untuk tujuan apa? Untuk agenda PAS ke?" Saya tidak boleh tanya begitu nanti dia kata saya kurang ajar pula. Isu ini merentas perkauman. Sebab tidak ada orang lain hendak buat, jadi GMP yang buat. Ia tidak berdosa. Kita bukan menentang kerajaan. Kita bukan parti terrorist. Kami semua baik-baik. Dipancut air atau gas kami tidak melawan. Itulah kerana hendak mempertahankan bahasa kebangsaan.

Dato' A. Samad Said kena gas. Saya tidak kena sebab polis suruh saya naik kereta. Saya pergi sebab saya hendak menyampaikan memorandum kepada raja. Orang sudah menunggu dekat situ.

Jika orang tu tidak ada dekat situ saya bagi dekat kuda yang jaga pintu. Tapi kuda tidak ada waktu itu. Tapi Alhamdulillah sampai juga hajat kami hendak menyampaikan memorandum tersebut. Saya dengan Dato' A. Samad Said. Sepatutnya tujuh orang yang menyampaikan memorandum sebagaimana ditanda tangan di memorandum tersebut. Yang lain menyertai perarakan. Berarak itu bukan kehendak kita. Bukan kehendak GMP dan bukan kehendak polis.

Saya berjumpa dengan pihak polis dan polis menyatakan bolehlah pihak GMP berhimpun di Masjid Negara tetapi tidak boleh berarak. Orang hendak datang beramai-ramai juga kita tidak boleh sekat. Kami juga harus memberitahu di sini pihak polis sangat baik dengan kami. Sebab mungkin dia tengok muka kami ini tidak garang. Jangan tanya kenapa budak-budak muda itu berarak. Asal dengan aman dan jangan bertumbuk dengan polis. Mereka juga hendak menjalankan tugas mereka kerana mendapat arahan pihak atasan. Kami mempunyai prinsip. Prinsip itulah yang ingin kami pertahankan.

Begitu juga dengan orang Kementerian Pelajaran. Dia juga mempunyai prinsipnya yang hendak dipertahankan. Ini masalahnya. Dan jangan kata kami diperalatkan. Daripada sudut hati sanubari saya, kita suruh orang politik sokong kita dan peralatkan kita. Ikhlas saya cakap, isu politik tidak ada langsung. Kalau tidak buat apa kita minta kerajaan mansuhkan. Kita biarkan sahaja. Tetapi kerana memikirkan mudaratnya kerosakan yang boleh berlaku pada alat pemikiran dan tamadun serta budaya kita iaitu bahasa yang termusnah. Jadi yang berlaku semalam bukan lah wayang kulit. Tidak ada dalang. Biasa dalang ini menyorok di balik tabir. Jika nampak bukan dalang tapi penyokong.

Saya tidak mahu saya dikatakan boneka. Menghina. Saya bukan boneka. Saya ada akal dan ilmu. Saya ada perasaan dan jiwa. Saya makhluk Tuhan. Sama juga anda semua. Saya bukan monyet dan beruk. Ini saya tidak mahu orang kata ada dalang di belakang kami. Itu yang dapat saya katakan. Saya juga menghargai para penyokong yang datang daripada segenap kaum. Ada juga NGO Cina dan Tamil datang menyerahkan sokongan mereka untuk dilampirkan dalam memorandum yang hendak dihantar oleh kami. Oleh kerana kelam kabut berlaku, mereka tidak dapat hantar kepada saya yang telah ada di Istana Negara untuk disertakan bersama memorandum GMP. Kita dapat juga menyampaikan memorandum kepada pihak Istana. Itu sahaja matlamat kami.

Saya perlu ingatkan balik saya menghargai layanan pihak polis di Istana dan di Masjid Negara. Keluar gambar dalam Utusan Malaysia saya seperti hendak bergaduh dengan polis. Bukan bergaduh. Kita berunding. Jika tidak baik sudah bergaduh. Salah seorang yang ditangkap itu, boleh saya cerita kenapa dia ditangkap?(Sambil bertanya kepada beberapa orang anggota GMP yang turut serta dalam sidang media itu dan diiyakan) Dia itu ditangkap kerana semangatnya lebih. Dia bertengkar-tengkar dan kena tangkap. Agaknya kalau saya maki polis, saya kena tangkap juga. Tapi kita sudah bagitahu awal-awal jangan menyusahkan ikhtiar GMP.

Anda ingin datang menyokong, Alhamdulillah. Datanglah sokong beramai-ramai. Tetapi jangan buat gangguan. Jika ada pihak ketiga hendak buat gangguan, itu hal dia. Asalkan jangan ada penyokong dan pihak GMP buat gangguan. Kita tidak mahu seperti itu. Nanti orang kata kita jahat. Kerajaan kata kita buat kacau. Apa yang berlaku semalam tidak membayangkan GMP ini satu gerakan yang ganas. Tidak. Dan kami masih sanggup berjumpa dengan anda sekalian (media). Jika tidak kami sudah menyorok bimbang jika Pengerusi GMP dipanggil polis. Panggillah. Kami bersedia memberi penerangan kepada sahabat dan sebagai warganegara Malaysia. Kita tidak mahu bergaduh.


Wartawan: Dato', bilakah dijangka pertemuan GMP dengan Dato' Seri Abdullah?

Dato' Hassan Ahmad: Secepat mungkin. Dijangka dalam masa seminggu dari sekarang.

Wartawan: Pertemuan tersebut sebelum Perhimpunan Agung Umno?

Dato' Hassan Ahmad: Ya, sebelum.

Wartawan- Sekarang ini digembar gembur pembangkang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Dato' Hassan Ahmad- Apa nak buat. Dia hendak sokong. Umno pun kalau hendak sokong boleh juga. Datanglah beramai-ramai. Kita tidak boleh mengatakan Umno jangan masuk campur, ini urusan PAS, bukan urusan GMP. Ini yang kita tidak mahu dapat kesan itu.

Wartawan:Adakah orang Umno tidak ada dalam perhimpunan itu?

Dato' Hassan Ahmad:Orang Umno pun ada. Yang tidak hadir tapi sokong pun ramai. Merata-rata di Malaysia. Orang kuat-kuat pun ada.

Wartawan-Mereka bagi sokongan bagaimana?

Dato' Hassan Ahmad:Ada yang telifon, hantar mesej pun ada. Soal sama ada orang hendak bantah atau sokong, lain. Kita hendakkan isu itu. Prinsip bahawa matematik dan sains harus diajar dalam bahasa kebangsaan negara Malaysia bukan negara lain.

Wartawan: Dato' Hishamuddin mengatakan ada pilihan sama ada tidak membatalkan sepenuhnya PPSMI ini.

Dato' Hassan Ahmad: Ikut dialah. Kami punya matlamat supaya dasar lama itu dikembalikan. Maknanya mengajar sains dan matematik daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah sehingga ke IPT. Ada ke sesiapa boleh bagitahu kita bahasa kebangsaan ini tidak layak untuk mengajar matematik dan sains?

Siapa boleh bagitahu saya boleh bagi hadiah. Jawapan yang betul-betul munasabah yang boleh diterima oleh umat dunia yang mengatakan bahasa Melayu atau bahasa Mandarin atau bahasa Tamil tidak layak jadi bahasa ilmu? Kalau ada bukti, esok kita bubarkan GMP. Jangan ingat kita ini orang tidak siuman. Berbalik pada asal. Sebab yang asal tidak ada masalah. Kalau ada masalah setelah 37 tahun dilaksanakan, sudah mantap dan begitu sebati dalam budaya rakyat Malaysia ini, ia ditarik balik.

Wartawan: Jika bahasa Inggeris dikekalkan dalam pengajaran kedua-dua subjek itu, apakah tindakan GMP?

Dato' Hassan Ahmad- Rasanya soalan itu tidak adil dan tidak patut ditujukan kepada GMP. Soalan itu sepatutnya ditanya kepada wakil rakyat, parti Umno yang dahulu menubuh dan menggubal Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada sebelum 2003. Tanya mereka lah. Saya tidak mempunyai kuasa.

Kalau saya ada kuasa bolehlah saya jawab. Cuma ada kuasa suara lah sikit. Kena tanya pihak BN, Perikatan waktu dulu. Kamu yang gubal dan kamu yang hapuskan. Ada masalah ke? Saya pernah sebut dalam satu sidang akhbar dahulu. UKM, yang gunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama selama 30 tahun lebih sejak 1970 telah menghasilkan lebih 2000 tesis sarjana sains dan matematik. Dan lebih 400 thesis PHD juga ditulis dalam bahasa kebangsaan tentang bidang matematik dan sains.

Jika tulis tesis tentulah 'original' dan bukan 'copy' atau terjemah dari bahasa Inggeris. Dia mestilah menyelidik dalam bahasa kebangsaan. Jadi thesis itu dalam bahasa kebangsaan. Itu hanya UKM tidak termasuk universiti lain. Jika boleh tulis thesis dalam bahasa Melayu, kenapa kamu matikan tengah jalan? Hendak kata dia penjajah marah pula. Atau boleh jadi kita hendak ikut penjajah British yang ajar bahasa Melayu ilmu kesihatan hanya di peringkat rendah sahaja. Jadi, kalau kerajaan hendak balik ke sana, balik kepada asallah sebelum merdeka dahulu.

Buat apa kita merdeka? Saya tidak hendak cakap politik. Kalau saya cakap politik banyak pula ceritanya. Para pemimpin kita harus memimpin rakyat Malaysia berdasarkan tamadun kita bukan tamadun orang lain. Tamadun salinan, tamadun salinan. Maka kita tidak jadi bangsa yang kreatif dan inovatif serta mencipta sesuatu yang baru melainkan terjemah sahaja.

Wartawan- Jadi, GMP tidak akan berhenti mendesak kerajaan hentikan PPSMI ini?

Dato' Hassan Ahmad- Hendak berhenti buat apa. Sampai berjayalah.

Wartawan- Adakah GMP jemput Dong Jong Zhong menyertai pergerakan GMP ini?

Dato' Hassan Ahmad- Kita sudah jemput. Mereka dah setuju. Tapi beberapa NGO Cina tidak berapa setuju dengan DJZ ini. Mereka bantah dan tidak setuju kenapa Dong Zhong buat macam ini. Orang ingat GMP ini hendak desak kerajaan adakan satu aliran bahasa dalam sistem pendidikan kita. Kita mudah. Berbalik pada asal. Tetapi jika kerajaan hendak buat satu aliran bahasa, itu terserah. Itu dasar lain. Kita hanya hendak balik pada asal.

Salahkah? Tidak ada yang salah. Kita mesti berterus terang dan tidak ada yang hendak disorok. Ia hendaklah berdasarkan otak. Jangan prasangka sahaja. Mengatakan GMP jahat, anti kerajaan. Itu kata dia bukan saya cakap. 'Make it simple. the whole world is complicated'. Saya cakap bahasa Inggeris sebab saya tahu bahasa Inggeris. Jangan ingat saya tidak tahu bahasa Inggeris. 'I think I can speak better than most of the ministers.' Tidak ada 'gramatical mistake'.

Bukan tulis surat tapi kertas kerja. Macam profesor kita yang ada ini (sambil menunjukkan kepada beberapa orang AJK GMP). Kenapa tidak mahu menjadikan mereka ini contoh. Pertahankanlah benda yang betul. Tidak jadi isu lah. Seperti PM kata, selesaikan PPSMI ini sebelum timbul isu-isu yang lebih berat. Apa maksudnya kita belum tahu lagi tetapi kita jumpa. Hendak berkawan dan hendak berbaik-baik dengan dia. Setahun dahulu kita pernah jumpa. PM kata akan kembali pada dasar asal. Prof. Emeritus Dato' Abu Bakar Abdul Hamid telah jumpa dia. Siapa kata baru sekarang? Ini orang tidurlah. Dahulu kata 'experimental project' PPSMI ini. Sekarang sudah jadi dasar pula.

Wartawan: Jadi tuduhan GMP anti kerajaan tidak benarlah?

Dato' Hassan Ahmad: Tidak. Saya pernah cakap dengan Dato' Seri Hishamuddin sewaktu menyampaikan memorandum di Parlimen. Ramai orang dengar. Saya cakap 'ini kita bukan hendak bergaduh ye' 'Tidak. Kita tidak bergaduh. Kita berkawan'. Berpeluklah sikit.

Wartawan:Dato', anggaran penyertaan dalam perhimpunan tersebut?

Dato' Hassan Ahmad:Dianggarkan oleh ahli matematik kita, seorang jurutera , 70,000 orang ada di Kuala Lumpur. Bukan 2000 atau 5000.

PPSMI – PAS NAFI JADI DALANG



Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan himpunan dan perarakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeri (PPSMI) anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di dalangi parti pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, tindakan GMP turun membawa isu ini di jalanan adalah atas dasar kemahuan peribadi tanpa didalangi mana-mana pihak.

"Saya hairan macam mana (Datuk Seri) Hishamuddin (Tun Hussein) boleh katakan GMP didalangi parti pembangkang.

"Anggota GMP kebanyakan mereka ialah golongan cerdik pandai, pakar bahasa malah Sasterawan Negara, jadi bagaimana beliau kata kita dalang kepada apa yang berlaku?" soalnya ketika menyampaikan Ceramah Perdana sempena Pelancaran Dana Pusat Aduan Rakyat (PAR), PAS Johor di Markas PAS, Taman Melewar malam tadi.

Kelmarin, Hishamuddin selaku Menteri Pelajaran mendakwa bantahan GMP terhadap dasar PPSMI didalangi parti pembangkang untuk tujuan politik.

Kenyataan Hishamuddin itu merujuk kepada insiden kekecohan yang berlaku Sabtu lalu apabila himpunan aman bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong bertukar menjadi kecoh apabila orang ramai yang hadir merempuh halangan polis untuk berarak menuju ke Istana Negara.

Mohamad berkata, GMP merupakan satu badan yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah pelaksanaan PPSMI.

"GMP bukan pertubuhan politik, sesiapa sahaja boleh sertainya tak kiralah dari PAS, PKR, DAP atau Umno sekalipun," katanya.

Walaubagaimanapun Mohamad berkata, perkembangan yang berlaku itu menunjukkan PAS sentiasa didampingi oleh pelbagai pihak termasuk golongn cerdik pandai kerana dilihat menjadi wadah untuk menyuarakan kepentingan rakyat.

"Ini menunjukkan orang-orang cerdik pandai bersama kita, mereka sedar kemampuan kita untuk bantu memperjuangkan hak rakyat," katanya.

TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG – KITA DATANG BUKAN UNTUK BERPERANG



Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengaku telah terkena beberapa kali gas pemedih mata dan pancutan 'water cannon' ketika menyertai "Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI" disekitar Masjid Negara, 7 Mac lalu.

"Padahal, kita datang beramai-ramai bukan untuk berperang, tetapi sekadar menunjukkan benci pada tindakan Umno-Barisan Nasional masih menggunakan bahasa penghantar Inggeris dalam Sains dan Matematik,"jelasnya ketika berceramah di Simpang Empat dekat sini baru-baru ini.

Kata Ustaz Hadi protes PPSMI itu melibat puluhan ribu rakyat terdiri dari pakar akademik, ilmuan, pelajar-pelajar universiti, pejuang-pejuang Bahasa Melayu dan pegawai-pegawai kerajaan turut hadir membantah sikap kerajaan benak hati itu.

Tegas Dato� Seri, sepatutnya setelah negara merdeka sejak 51 tahun lalu semakin bertambah dan kukuh penggunaanya Bahasa Melayu itu malah diperluaskan kegunaanya ke segenap sudut dan masyarakat.

"Tapi nampaknya semakin tahun Bahasa Melayu hendak dicampakkan dengan digantikan kepada Bahasa Inggeris. Oh! Sungguh sangat-sangat dikesali sikap pemimpin Umno,"runggutnya.

Tegas Abdul Hadi, semua negara di dunia ini menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dalam mata pembelajaran di sekolah-sekolah dan dalam masyarakat seperti di Jepun, China, Hongkong, Perancis dan negara-negara maju lainnya.

"Tidak salah menambahkan pengetahuan dengan mempelajari bahasa-bahasa lain. Tetapi, untuk mengilmukan rakyat di negara ini juga bagi ikatan perpaduan majmuk haruslah menggunakan bahasa penghantar bagi sosial dan ilmuannya dalam Bahasa Melayu," tegas Hadi Awang.

Sebagai contoh, jelasnya, sembahayang menggunakan Bahasa Arab tapi bagi mempelajarinya perlu menggunakan bahasa ibunda Bahasa Melayu termasuk mengerjakan fardhu Haji harus dalam Bahasa Arab, namun untuk mempelajarinya mesti dalam bahasa mudah difahami iaitu Bahasa Melayu.

"Juga yang terpenting kata perbidalan Melayu �Bahasa itu menunjukkan Bangsa," tegas Ustaz Hadi.

DATO’ DR HASSAN AHMAD – SAYA BUKAN MONYET ATAU BERUK


Dengan tegas Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Dato’ Dr. Hassan Ahmad menyatakan bahawa beliau bukannya monyet dan beruk atau boneka kepada pihak-pihak yang kononnya menjadi dalang dalam Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah PPSMI pada sabtu lalu.

Mereka yang dikatakan dalang itu adalah penyokong sebenarnya dan sependapat dengan beliau untuk membantah PPSMI. Oleh itu apa yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran bahawa Himpunan sabtu lalu di dalangi oleh pembangkang adalah tidak benar.

Semua yang hadir pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia yang prihatin. GMP mengucapkan terima kasih kepada semua penyokongnya dan juga pihak keselamatan yang berkawal.

PROF DR AWANG SARIYAN – TIDAK PERLU MENCARI JALAN BERLIKU PERTAHANKAN PPSMI

Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.


Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.


Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.


Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.


Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.


Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.


Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.


Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).


Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.


Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?


Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.


Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.


Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.


Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.


Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.


Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.


Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.


Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.


Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu?China Beijing Foreign Studies University .

MEMORANDUM GERAKAN MANSUH PPSMI KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG



GERAKAN MANSUH PPSMI

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.

MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.

Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)?

Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun!

Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu.

Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.

Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi.

Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri.

Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu.

Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun.

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.

Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato? Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).

Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan 'gila bahasa Melayu'. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong.

Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, 'pendapat' atau 'teori' yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.

Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V.

Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.

Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik sekalian yang berdatang sembah.

PERTEMPURAN BANTAH PPSMI 29

Nih lah benda yang dibedil oleh FR kepada kami

Mangsa kekejaman Zionist FRU

Kain pelikat pun ada

Pak Samad dan Cikgu Azmi...sentiasa dikelilingi oleh golongan muda yang kagum dengan umurnya

Keranda PPSMI hasil kreativiti PKPIM

Seratus orangkah ini?

Wakil GAMIS dan PKPIM...harap semangat ini bukan sekadar ketika di kampus

Dua ratus orangkah ini?
TV3 dan UTUSAN kena belajar mengira...takkan yang dalam gambar nih hanya beberapa ratus orang jer