Sekadar ingin menjawab tuduhan Hishamuddin Hussein, bahawa pejuang bahasa didalangi parti pembangkang: Dia ingat semua orang bangang. Tak tahu malu.
Yang turun menolak PPSMI di jalan raya pada 7 Mac lalu adalah profesor, ilmuan, dan para cendekiawan. Datuk Dr Hassan Ahmad adalah Duta Malaysia ke UNESCO (1989-1994). Masuk akal ke diperalatkan? Sekiranya ahli parti PAS turun sama, itu adalah kerana mereka terkesan dengan isu ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat penyokong PAS yang turun TANPA bendera, dan lambang bulan parti Islam tersebut. Malangnya, ada parti yang tak reti bahasa (bahawa isu ini isu supra yang mengatasi parti), di mana ada penyokongnya tetap turun membawa simbol parti. Presidennya tak kelihatan pun di jalan raya. Sakit belakang agaknya. Yang ini pun kita tak boleh halang, kalau mereka nak ikut sama; apakan daya.
Saya ingin mengingatkan Hishamuddin kalau sudah namanya parti politik tentulah mereka akan berpolitik dan menangguk isu yang dapat membuatkan parti tersebut meraih perhatian. Jadi hairan apa? Yang menghairankan ialah apabila Pak Lah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan isu PPSMI ini perlu ditangani segera, dia pula kata ia tak perlu disegerakan.
Bolehlah ketawa sekarang. Tak tahu malu.
Orang perhati.
Macam saya kata, melawan seniman padahnya tetap ada. Orang perhati.
Kalau dikatakan kami tak bantah dari dulu, tolonglah waras dan kucup keris berkali-kali. Buku elektronik di bawah ini mengandungi hujah untuk memansuhkan PPSMI.
No comments:
Post a Comment