Belum pun bergelar Yang Berhormat, sudah pandai menipu rakyat Bukit Gantang!!
Calon BN Bukit Gantang Jual Temberang Di Hari Kedua Diisytiharkan Calon!!
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini, Ismail Saffian percaya ketika ini telah ada ‘angin perubahan‘ di kalangan masyarakat setempat yang akan memihak kepada BN, lebih-lebih lagi selepas pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan meletakkan anak tempatan sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Angin perubahan apa? Angin perubahan kerana calon BN anak tempatan? Jadi jika Pas juga meletakkan anak tempatan bermakna ada angin perubahan dalam Pas jugalah, ya?
Satu lagi, adakah kajian dari mana-mana pihak yang membuktikan angin perubahan rakyat Perak adalah menyokong kembali BN?
Yang kita nampak setakat ini ialah beberapa kajian pendapat umum tentang politik Perak pernah dibuat antaranya oleh Merdeka Centre, NTV7 dan star online. Semua kajian yang dijalankan itu nampaknya tidak memihak kepada BN. Justru, adakah rumusan kajian yang tidak memihak kepada BN itu adalah sebagai bukti wujudnya ‘angin perubahan’ - maksuidnya bukan angin perubahan menyokong BN, tetapi ialah angin perubahan yang menambah simpati dan sokongan rakyat kepada PR?
Dua hari lepas Merdeka Centre mengeluarkan satu lagi keputusan kajiaan mengenai kepimpinan UMNO. Kajian terbaru yang dibuat oleh Merdeka Center ke atas 1,031 responden menunjukkan hanya 19 peratus sahaja responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara berbanding 3 peratus responden India dan 1 peratus responden Cina yang memberi pendapat yang sama.
Tapi jika calon BN Bukit Gantang menyatakan ada angin perubahan sedang bertiup menyokong BN, ia satu kenyataan yang boleh dipertikaikan kerana tidak disusuli dengan apa-apa kajian atau bukti yang ilmiah dan kukuh. Nampaknya belum pun bergelar Yang Berhormat, calon tersebut sudah pandai menipu rakyat Bukit Gantang!!
No comments:
Post a Comment