Seorang yang berpelajaran tinggi, mungkin seorang doktor atau ustaz. Mahukah dia mendengar pendapat medical atau hukum daripada seorang yang lebih junior atau low level daripadanya?
Seorang yang berumur. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang muda?
Seorang yang alim. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang jahil?
Dalam tidak sedar, keegoan kita menjadi satu bentuk macam penghalang atau tabir untuk kita seek first to understand. Tambah pula dengan sikap kebanyakan kita yang suka melabel judge, justify something, someone awal-awal. Hakikatnya, pendapat seorang yang lebih junior tidak semestinya salah. Pendapat seorang yang muda tak semestinya tidak relevan. Begitu juga pendapat seorang yang jahil, tidak semestinya boleh ditolak bulat-bulat.
Sejujurnya, penulis rasa itulah kebanyakan masalah para da’ie kita sekarang ni. Kebanyakannya tenggelam dalam keegoan masing-masing dengan bersikap keras kepala - aku saja yang betul, serta sikap skeptic terhadap madue’ dengan berpendapat madue’ adalah low level, tak sampai tarafnya lagi dan sebagainya.
Apakah kita masih belum perasan, Allah Taala memberi dua telinga satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Dua kaki satu mulut supaya lebih banyak berjalan dari makan. Dua tangan satu mulut supaya lebih banyak menolong dari mengkritik. Dua mata satu mulut supaya lebih banyak perhatikan kebesaran Allah Taala, bukan ‘cakap tidak serupa bikin’.
So in order to seek first to understand, then to be understood, penulis menyeru kepada anda termasuk diri sendiri, kikislah sikap keras kepala kita. Kurangkanlah sikap ego kita, serta jauhilah dari sikap judging hanya atas kerana kita telah lama berada di bidang ini atau apa jua sebab sekalipun. Hakikatnya di sisi Allah Taala manusia itu sama sahaja, yang membezakannya hanyalah ketakwaan. Itu pun hanya Dia sahaja yang tahu.
No comments:
Post a Comment