Tuesday, April 21, 2009

YB DR TAN SENG GIAW MEMPERTAHANKAN YB DATUK KAMARUDDIN JAAFAR


Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan membela rakan seperjuangannya Dato' Kamarudin Jaffar selaku Setiausaha Agung PAS Pusat. Menurut Dr Tan, "Kamarudin Jaffar cuma mengingatkan Najib, kena jaga Perak baik-baik, nanti rakyat bangkit, susah. Selesaikan ikut perlembagaan. Nak selesai mudah. Bubar DUN dan serahkan mandat bentuk baru kepada rakyat."

Dr Tan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Kamarudin berbaur hasutan. Menurut Dr Tan lagi, kita akan memastikan dan berharap tidak akan berlaku perkara seperti di Thailand. Kita mesti elakkan kerana ia akan menjejaskan bukan sahaja imej Malaysia bahkan di dalam kemelut ekonomi akan bertambah buruk.

Yang penting kita mesti bertindak secara aman. Ini bukan tanggungjawab Pakatan Rakyat semat-mata tetapi BN juga harus mempastikan tiada tindakan yang diambil yang mendatangkan kemarahan rakyat. Cara merampas kuasa dan cara menimbulkan huru-hara serta porak-peranda mesti dielakkan.

Rampasan kuasa yang berlaku di Perak menimbulkan ketidakpuasan rakyat. Rakyat memilih Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat mewujudkan satu dasar dan langkah-langkah yang bersih, cekap dan amanah.

Apabila rampasan kuasa terjadi, rakyat kembali duduk di bawah kerajaan BN. Kita mesti selesaikan ketidakadilan itu. Demokrasi berparlimen bermakna kita berdemokrasi secara aman iaitu melalui peti undi.

Dr Zambry tidak dipilih oleh rakyat. Ini bermakna beliau tidak mendapat mandat rakyat yang cukup dan tidak mempunyai pemikiran demokratik. Apabila tidak berfikir secara waras maka fikiran dan kenyataannya itu memang songsang.

3 comments:

  1. Manusia dianugerahkan akal dan fikiran oleh Tuhan.. Gunakanlah.. Sayang, masih ramai rakyat Malaysia gagal memanfaatkannya..

    Dr! Teruskan usaha.. Apa-apa bantuan, di mana saya boleh bantu, khabarkanlah!

    ReplyDelete
  2. Lama tak dgr berita.. ada shbt bertanya.. kenapa tak dtg mesy agong kawasan Putrajaya.. dgr khabar jadi perwakilan

    ReplyDelete