Saturday, March 21, 2009

BUKIT GANTANG - CATATAN 21HB MAC 2009

Program ini telah secara tidak langsung menjadi program hari keluarga kerana rata-rata yang hadir turut sama membawa ahli keluarga mereka

Keluarga India ini begitu bersungguh-sungguh memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka yang menyertai Pertandingan Mewarna

Walaupun berada di bawah terik mentari, anak-anak ini sedikit pun tidak menunjukkan rasa terganggu dengan kepanasan tersebut

Muslimat PAS sedang melayani karenah anak-anak yang menyertai Pertandingan Mewarna

India berbaju biru ini telah menghuraikan "akujanji" manusia dengan Allah swt secara tepat dan jelas. Orang UMNO pun belum tentu mampu menghuraikan "inna solati wa nusuki wa mahyaaya wa mamaati lillahi Rabb al-'alameen" seperti mana dihuraikan oleh lelaki ini.

Semoga anak-anak ini mampu menyambung perjuangan PAS di masa hadapan

Rata-rata masyarakat India yang hadir adalah merupakan penduduk setempat

Masyarakat bukan Islam tidak lagi kekok untuk menghadiri program anjuran PAS

Terima kasih daun keladi kepada para penyumbang

Persiapan sedang sibuk diselenggarakan supaya program tidak menjadi berterabur


Aku dengan Omar menemani Haji Azmi pusing pusing Dun Changkat Jering. Kami singgah di ketiga tiga tempat yang dipertanggungjawabkan kepada PAS Wilayah. Tenaga tempatan kelihatan begitu bersemangat untuk mempertahankan kemenangan almarhum Hj Roslan.

Kami singgah beberapa kali di Taman Kaya di mana Majlis Sambutan Hari Wanita Pakatan Rakyat sedang berlangsung. Programnya agak santai walaupun sedikit kelam kabut apabila individu tertentu dengan penuh tanpa rasa bersalah “mengkucar kacirkan” program ini.

Program ini telah dirancang oleh penduduk tempatan dengan kerjasama Muslimat Pusat tetapi individu yang suatu ketika pernah menjadi sebahagian daripada Muslimat Pusat ini telah datang dan memandai-mandai sendiri membuat keputusan itu dan ini.

Wahai YB yang dimaksudkan, penduduk tempatan bukanlah bodoh walaupun mereka hanya kerja kampung. Janganlah bangga sangat dengan status YB kerana status YB itulah yang membuatkan jiwa YB semakin jauh daripada jemaah.

Kita lupakan sekejap kepedihan hati penduduk tempatan terhadap tingkah laku YB ini.

Hampur 50 orang kaum India hadir ke program ini. Aku dan Omar sempat juga bersembang dengan ramai daripada mereka. Rata-ratanya begitu selesa dengan PAS dan tidak berasa terasing dengan orang orang PAS.

Di bawah ni aku selitkan di antara dialog yang mereka tuturkan kepada aku dan Omar.

“Hidup kita, hati kita, jiwa kita, semuanya Tuhan Allah punya. Tidak ada suatu apa pun yang ada pada diri kita nih yang milik kita. Semua Tuhan Allah punya. Kenapa nak sombong sangat dengan pangkat dan kedudukan?”

“30 tahun berjuang dalam MIC, apa pun takde. Satu cawan kopi pun MIC tak pernah bagi. MIC kutip duit katanya nak bagi orang India senang tapi ke mana hilang duit tu semua?”

“Kita kena percaya Tuhan. PAS orang yang percaya Tuhan. Kita mau jumpa PAS di sini dan kalau boleh mahu jumpa PAS di syurga nanti”.

“Dulu MIC kata PAS ganas. Sekarang kami kawan dengan PAS. Tak ganas pun. PAS ambil berat tentang masalah kami”.

“Saya kutip besi buruk saja. Saya orang susah. Dulu sokong MIC. Sekarang anak saya enggan ke sekolah kerana UMNO ajar guna English. UMNO buat saya susah hati”.

“Kali ini mesti menang lagi. Dalam rumah saya ada 5 orang yang boleh mengundi. Semua hadir dalam program ini. Jangan risau”.

“Hj Roslan hulur bantuan kewangan kepada keluarga India yang kematian ahli keluarga sebelum dia sendiri meninggal dunia. Kita mahu YB yang baik macam Hj Roslan. Hanya PAS ada YB yang baik baik. UMNO, MIC, semua takde”.

Banyak lagi dialog yang aku tak sempat nak selitkan di sini. Mata tengah mengantuk sebenarnya nih.

Enjoy it.

No comments:

Post a Comment