Tuesday, March 17, 2009

"UMNO BUKANLAH PARTI YANG MENGAMALKAN RASUAH" MAKSUDNYA "UMNOLAH BAPAK SEGALA PERASUAH"


Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Ali Rustam dan Khairy didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan Umno tahun ini.

Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.

Walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.

Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd. Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan Politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk dibawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.

Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan dibawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.

SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.

Lembaga disiplin UMNO memutuskan Ali Rustam dan Khairy bersalah. Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding dan Khairy pula boleh bertanding tetapi diberikan amaran.

Bekas Menteri Besar selangor, Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Oleh itu perjuangan Ali Rustam untuk merebut kerusi Timbalan Presiden UMNO setakat ini sahaja. Walaubagaimanapun lembaga disiplin UMNO tidak menggantung keahlian beliau.

Mat Taib pulak pastinya tersenyum lebar, sementara Muhyidin semakin terdesak. Sebelum ini Muhyidin mengangkat dirinya adalah calon yang kuat untuk berdamping dengan Najib. Calon lemah seperti Mat Taib tidak sesuai menjadi timbalan kepada Najib.

Mat Taib pula menyatakan bahawa calon Timbalan Presiden mestilah bukan orang yang bercita-cita menjadi Presiden dan beliau adalah yang palin layak. Betulkah??

Berita bahawa Ali Rustam didapati bersalah dalam kes politik wang bakal tersebar keseluruh pelosok Negeri Melaka bermula malam ini dan esok hari. Ali Rustam yang memang dah popular di Negeri Melaka yang kecil itu, akan bertambah popular dengan berita sensasi ini.

Rakyat Melaka sudah pasti tidak dapat membayangkan bagaimana mereka boleh dipimpin oleh pemimpin yang rasuah. Jika orang Melaka menganggap perkataan ‘lahabau’ itu biasa, apa pula gelaran yang sesuai untuk Ketua Menteri yang rasuah seperti ini?

Imej negeri Melaka sebagai negeri yang penuh bersejarah kini menambah koleksi sejarahnya, apabila dipimpin oleh Ali Rustam yang rasuah.

Rakyat Melaka semestinya sangat malu dengan apa yang dilakukan oleh Ali Rustam ini.

Oleh yang demikian, Ali Rustam mesti meletak jawatan sebagai Ketua Menteri sekiranya beliau menghormati rakyat Melaka. Jangan sampai rakyat Melaka sendiri yang memalukan beliau.

Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir.

Beliau sebelum ini berdepan dengan dakwaan melakukan kesalahan rasuah/sogokan politik, tindak tanduk ejen dan dakwaan mengadakan majlis dan pertemuan.

Manakala yang lainnya yang turut didapati bersalah dan digantung keahlian ialah Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Wanitanya, Salmah Pin.

Mokhtar digantung keahlian selama setahun manakala Salmah digantung keahlian selama tiga tahun, berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Turut dikenakan tindakan ialah empat pemimpin dan ahli Umno Umno bahagian Paya Besar, Pahang. Mereka ialah ahli biasa Datuk Abdul Manan Ismail yang digantung keahlian selama setahun,kerana mengadakan majlis dan pertemuan serta membuat kenyataan akhbar.

Manakala tiga lagi pemimpin bahagian tersebut diberi amaran atas kesalahan yang sama, iaitu Timbalan Ketuanya, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Naib Ketua bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan AJK bahagian, Mohd Zaili Besar.

Turut digantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Maran, Pahang, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (digantung tiga tahun mulai 13 Mac); Timbalan Ketua bahagian Kuala Krai, Kelantan, Amran Mat (digantung setahun mulai 12 Mac) dan ketua cawangan di Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain (digantung setahun mulai 12 Mac).

Manakala mereka yang didapati tidak bersalah ialah:

Timbalan Ketua bahagian dan Ketua Pemuda bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.

AJK bahagian Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.

Ketua bahagian Pendang, Datuk Paduka Md Rozai Shafian.

Timbalan Ketua bahagian Pendang, Shamsuddin Tahir.

AJK bahagian Pendang, Mohd Zaidi Othman.

Ketua bahagian Pasir Mas, Hanafi Mamat.

Timbalan Ketua cawangan (Pasir Mas), Shamsudin Che Hussein.

Timbalan ketua cawangan (Pasir Mas), Saari Hassan.

AJK bahagian Pasir Mas, Nor Azmawi Ab Rahman.

Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian, Anuar Safian.

Naib Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian, Bakri Yusoff.

AJK bahagian Maran, Mohamad Shahaimi Othman.

Penolong Bendahari Pemuda bahagian Johor Bahru, Mohd Shakir Abdul Rahman.

Sementara itu, Tengku Ahmad Rithuaddeen enggan mengulas ketika ditanya mengenai kedudukan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

Beliau juga tidak menyentuhkan tentang kedudukan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan politik wang minggu lalu.

ULASAN AKU - NO KOMEN. LU FIKIRLAH SENDIRI WAHAI RAKYAT MALAYSIA (BACA SEBAGAI AHLI UMNO) YANG MASIH BUTAKAN MATA DAN PEKAKKAN TELINGA.

No comments:

Post a Comment