Saturday, March 21, 2009

FAIRUS YANG MALANG


Aku dapat sms yang memberitahu Fairus di”jimat”kan sebagai Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika aku berada di Markas MTD Changkat Jering.

Permasalahan si Fairus nih aku dah dengar semasa aku turun membantu PKR dalam Pilihanraya Kecil Permatang pauh ari tu lagi. Memang ramai betul yang merungut tentang Fairus nih. Ada yang kata dia langsung tak turun ke kawasan. Ada yang kata dia macam buat buat lupa kat kawasan. Ada yang kata Fairus janji kosong. Janji kosong nih bukan bererti janii nak menjadikan penduduk Penanti kaya raya tetapi janji Fairus nak baca khutbah Jumaat di masjid masjid sekitar Penanti. Orang kampung kata JANJI TINGGAL JANJI.

Aku sedih gak dengan Si Fairus nih. Beliau merupakan pucuk muda yang baru nak naik tapi akibat daripada kerakusan yang sukar dikawal, maka beliau merupakan pucuk yang dimakan ulat.

Yang sebenarnya aku tak nak komen panjang tentang dia sebab dia dah “takde apa apa” sekarang tapi aku nak sangat komen sikit tentang parti yang menanungi dia iaitu PKR.

Janganlah tamak dalam berpolitik. Janganlah rakus mengejar laba politik. Janganlah berangan-angan dalam berpolitik. Janganlah berpura-pura dalam berjuang. Janganlah bermuka muka dalam berjuang. Janganlah menganggap rakan kongsi Pakatan Rakyat sebagai parti yang bernaung di bawah anda. Janganlah sombong sangat dalam berpolitik kerana PKR sebenarnya tidak punya apa apa.

PKR menang kerana tungkus lumus PAS. PKR menang kerana komitmen tidak berbelah bagi DAP. PKR menang kerana kesungguhan rakyat yang telah lama tertindas. PKR menang kerana keikhlasan perjuangan yang ditunjukkan oleh ahli lama PKN yang kemudiaannya bertukar menjadi PKR.

Janganlah setelah kemenangan dicapai, anda melaung-laungkan “KEMENANGAN INI ADA HASIL KERJA KUAT PKR”. Anda memminggirkan komitmen PAS dan DAP.

Anda jangan cuba menjadi “UMNO” di dalam Pakatan Rakyat. Di dalam Pakatan Rakyat, tidak ada parti yang menguasai parti yang lain. Tidak ada “Abang Long” dalam Pakatan Rakyat.

Janganlah tamak merebut kerusi jika anda tidak punya siapa siapa. Selidikilah dulu tentang “calon calon pilihan” anda supaya yang terpilih itu hanyalah manusia dan bukannya katak katak berwajah manusia. Kenanglah budi dan pengorbanan pejuang pejuang yang ada di dalam PKR supaya ahli lama tidak merasa terpinggir akibat daripada “naiknya” ahli ahli baru yang muncul hanya setelah PKR mencipta nama.

Layanilah ahli lama seperti mana anda melayani ibu dan ayah. Janganlah ahli lama hanya didekati ketika pengorbanan ahli dipelrukan. Apabila ahli ahli lama berpeluh ketiak berkorban, yang mendapat laba adalah ahli baru yang entah dari mana munculnya.

Fairus adalah seorang yang malang kerana gagal mengawal kerakusan jiwa mudanya. Namun, malang lagi PKR kerana memiliki sekelompok pimpinan yang masih berjiwa UMNO yang lebih gemar memikirkan individu yang bergelar Dato, Datuk, Dato Seri, Datuk Seri dan Tan Sri apabila kemenangan dicapai sedangkan golongan yang ditatang ini belum terbukti pengorbanannya.

Darah perjuangan pejuang pejuang PKR yang telah mengalir sedikit masa dahulu jangan sekali-kali dikhianati kerana darah pejuang adalah darah keramat. Hancurlah PKR jika darah yang telah mengalir itu dikhianati.

Pahitkan? Yang pahit itulah ubat.

No comments:

Post a Comment