Saturday, March 7, 2009

HARGAILAH PETUGAS BAWAHAN KERANA KAMI JUGA PUNYA PERASAAN


Aku tak tau nak mula kat mana. Sakit hati. Terkilan. Marah. Geram. Meluat. Sedih. Kecewa. Semua ada. Ibarat kata arwah Pak Abas Astro – “macam macam ada”. Aku tak tau di mana silapnya. Kenapakah yang bernama pimpinan itu sukar sekali untuk menilai kelemahan dirinya. Kenapa suka sangat tekan dan beban ahli bawahan. Jemaah ini bukanlah milik mutlak pimpinan.

Yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan adalah ahli bawahan tetapi yang dapat nama adalah pimpinan. Bukan bererti ahli bawahan atau petugas bawahan inginkan pujian tetapi hargailah perasaan kami kerana kami bukan haiwan.

Janganlah gunakan kami untuk kepentingan peribadi pimpinan. Kami tahu anda Ketua Cawangan. Kami tahu anda Pimpinan Kawasan. Kami tahu anda YDP. Kami tahu anda TYDP. Kami tahu anda NYDP. Kami tahu apa jawatan anda. Maka, tidak perlulah anda bangga sangat dengan jawatan anda itu. Sedarkah bahawa jawatan anda itu membuatkan anda sedikit hampir dengan neraka kerana jawatan itu amanah.

Jika menggunakan status pimpina untuk mengarahkan petugas bawahan melakukan itu dan ini atas kapasiti kepentingan peribadi, maka itu pecah amanah namanya. Kesudahannya akan ke neraka.

Aku tahu aku bukan lulusan bidang agama. Aku sedar aku tidak pernah menadah kitab di pondok pondok tradisonal selama bertahun tahun seperti pimpinan yang ada.

Apa yang aku nak sebutkan di sini adalah neraka itu tidak mengenal siapa. Ustaz pun boleh ke neraka. Tuan haji pun boleh ke nereka. Neraka itu terbuka untuk semua. Bukan untuk ahli bawahan sahaja.

Kami tahu kami kena wala’ kepada pimpinan tetapi janganlah perasan bahawa pimpinan itu tidak boleh ditegur atau disentuh. Itu poyo namanya.

Tunjukkanlah contoh yang baik dan berakhlak kepada kami supaya keyakinan yang semakin menipis ini pulih kembali. Kami tetap akan terus bersama dengan perjuangan jemaah ini tetapi kembalikanlah keyakinan kami supaya anda tetap menjadi pimpinan kami lagi. Jangan sampai kami berlaih angin kerana itu pasti akan membuatkan anda naik angin.

p/s : Maaflah. Aku emosi sikit. Dah lama memendam rasa sebenarnya. Aku sayang jemaah ini. Namun, sayang sekali tikus perosak di mana mana .

p/s : Artikel nih aku tulis sendiri

1 comment:

  1. Siapa dia pak syeh?

    Biasalah tu. Ana pun pernah kena macam ni...

    ReplyDelete