Saturday, March 7, 2009

ANTARA KATA KATA YANG MEMBUATKAN AIR MATA AKU MENGALIR SEMALAM


“Kita datang untuk membela anak bangsa Malaysia termasuk anak FRU nih juga. Kenapa tembak kita”. – Pakcik yang aku hulurkan air mineral waktu on the way nak ke istana.

“Saya sekolah tak tinggi. Otak tak pandai. Saya tak nak anak anak saya nanti pun jadi tak pandai. Cukuplah saya sorang jer yang menjadi mangsa PPSMI. Janganlah anak anak saya juga nanti turut menjadi mangsa”. – Anak muda berambut oren dan bertocang yang aku temui di depan Masjid Negara.

“Kamu muda lagi. Kamu ke depan. Kamulah yang akan memperjuangkan Melayu nanti”. – Kata kata seorang pakcik yang catatan oleh seorang pengirim di blog Cina Islam.

“Kita ke depan untuk anak dan cucu kita. Kita ke depan untuk orang orang kampung. Mereka orang kampung tidak tahu apa yang kita buat. Mereka telah disumbatkan dengan pelbagai dalil oleh UMNO yang telah rosak”. - Kata kata seorang pakcik yang catatan oleh seorang pengirim di blog Cina Islam.

“Saya datang kerana saya anak Malaysia. Saya mahu PPSMI dimansukkan kerana semua bangsa ada hak untuk belajar di dalam bahasa ibunda sendiri. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Selaku anak Malaysia, saya akan pertahankan bahasa kebangsaan kita sampai bila bila pun”. – Loh Boon Keat, anak muda Cina yang aku temui. Beliau turut menjadi mangsa kekejaman FRU di depan Masjid Negara.

“Saya memang tak pandai di sekolah tetapi PPSMI membuatkan saya langsung tak tahu apa apa. Saya jadi malas ke sekolah”. – Luahan seorang pelajar Tingkatan 3 yang datang sendiri untuk menyertai demonstrasi ini. Aku jumpa adik nih waktu dalam lrt masa nak balik.

p/s : Artikel nih aku tulis sendiri.

No comments:

Post a Comment