Salam......
Allah swt menjadikan manusia terdiri daripada pelbagai suku bangsa supaya menusia kenal diri bahawa masing-masing bangsa ada kelebihan dan kelemahan.
Islam mengajar kita untuk berkongsi kelebihan dengan bangsa lain dan memperbaiki kelemahan dengan meniru kebaikan bangsa lain.
Islam tak suruh pun sesuatu bangsa itu menjadi dominan ke atas bangsa lain. Contoh - Melayu dominan ke atas Cina dan India ATAU Cina dominan ke atas Melayu dan India ATAU India dominan ke atas Melayu dan Cina.
Islam menuntut kita untuk bekerjasama dalam semua perkara yang membawa kebaikan dan saling nasihat menasihati dalam perkara menuju kemungkaran.
Malangnya, UMNO dan BN mengajar kita bahawa Islam tu Melayu dan Melayu tu Islam. Konon kononnya ini yang di namakan betapa istimewanya Melayu. Yang sebenarnya, inilah khurafat yang paling utama.
Kembali kepada Islam dianggap masuk Melayu dan boleh masuk UMNO. Sebab tu zambiri2 nih boleh jadi ahli UMNO.
YB Cina Islam pun dianggap Melayu oleh orang orang UMNO kalau dia duduk dalam UMNO. Tapi dia duduk dalam PAS, maka dia dianggap muallaf sampai mati oleh UMNO.
Hakikatnya, muallaf ini adalah orang yang sedang dijinakkan hatinya untuk mendekati dan menerima Islam. Kalau dah ucap kalimah syahadah, maknanya dah Islam. Takde muallaf muallaf lagi dah.
Aku tak kata Zambiri2 nih muallaf tapi aku nak kata apa yang aku pernah kata sebelum nih. - HINDU YANG BERIMAN PUN LEBIH LAYAK DIMULIAKAN BERBANDING ZAMBIRI2 YANG MENGAKU JER ISLAM TAPI ENTAH DI MANA DIA LETAKKAN ALLAH SWT DALAM KEHIDUPANNYA. HINDU YANG BERIMAN MULIA SEBAB DIA PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN WALAUPUN BENTUK TUHAN DIA TAK SAMA DENGAN ALLAH SWT BERBANDING ZAMBIRI2 YANG MENGAKU ISLAM TAPI HIDUP MACAM TAKDE TUHAN. KALAU ZAMBIRI2 NIH ADA TUHAN, TENTULAH DIA TAK BUAT PERANGAI MACAM NIH.
No comments:
Post a Comment