Wednesday, March 4, 2009

PROF MADYA DR AHMAD NIZAMUDDIN SULAIMAN - PILIHANRAYA SEMULA ADALAH JALAN YANG TERBAIK

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, jika Speaker berkeras untuk mengadakan sidang DUN selepas dihalang memasuki bangunan yang menempatkan DUN semalam, mereka boleh mencari tempat lain termasuk dewan atau bangunan lain.


"Tindakan melakukannya di tempat terbuka seperti di bawah pokok semalam hanyalah usaha untuk meraih simpati. Kalau tidak boleh masuk dewan, mereka boleh cari tempat lain," katanya..


Rakyat hari ini hampir sebulat suara menolak anggapan Zambry Abdul Kadir yang percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia apabila undian SMS dalam NTV7 Polls membuktikan 93% menyatakan Sidang Tergempar semalam TIDAK langsung memalukan negara.


Selain Zambry, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar juga beranggapan sedemikian.


Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, pergolakan politik yang berterusan ini akan memberi kesan yang buruk kepada negeri termasuk urusan pentadbiran dan rakyat.


"Kalau keadaan seperti ini berterusan, banyak yang akan terganggu dan mangsanya adalah rakyat.


"Permohonan tanah atau kontrak tidak dapat diluluskan kerana itu semua memerlukan kelulusan Exco dan semua itu membantutkan urusan pentadbiran kerajaan negeri," katanya.


Katanya lagi jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut di Perak adalah dengan mengadakan pilihan raya negeri.

No comments:

Post a Comment