Wednesday, March 4, 2009

DR SHAMRAHAYU ABD AZIZ - SIDANG DUN BAWAH POKOK TIDAK SAH

Sumber : http://www.alhusseyn51.blogspot.com/


Persidangan Dewan Undangan Negeri tergempar hari ini tidak mengikut perlembagaan, menurut pakar undang-undang perlembagaan Dr Shamrahayu Abdul Aziz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Beliau berkata tiga usul yang diluluskan adalah tidak berperlembagaan.


Ini kerana persidangan itu diadakan 100 meter dari Bangunan Dewan Undangan Negeri, bertentangan dengan Aturan Mesyuarat, yang menyatakan bahawa masa dan tempat persidangan itu mestilah yang diwartakan, katanya.


Beliau merujuk Aturan Mesyuarat 10(1) yang menyatakan terma Dewan Undangan Negeri ialah pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Sultan Perak dari masa ke semasa melalui pengisytiharan yang diwartakan.


Professor Kangkong ini adalah merupakan Asst Professor di Kuliyyah Undang Undang UIAM Pakar Undang Undang Keluarga Islam dan bukannya Pakar Perlembagaan walaupun beliau mengajar Undang Undang Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment