Inilah harga yang perlu kita bayar untuk sebuah perjuangan. Apa yang kita lalui hari ini (7 Mac 2009) akan dikenang oleh anak cucu kita seperti mana kita mengenang pejuang pejuang bangsa dan pejuang pejuang bahasa yang terdahulu.
7 Mac 2009 menyaksikan anak anak muda awal 20an turun ke jalanraya bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada dasar PPSMI yang dilaksanakan secara paksa oleh pemerintah zalim UMNO dan Barisan Nasional ke atas anak bangsa Malaysia.
Potensi anak bangsa Malaysia terutamanya di kampung-kampung telah dikuburkan oleh pemerintah yang tidak berhati perut ini. Jika anak anak bangsa Malaysia yang tinggal di bandar bandar pun boleh “mampos” dengan penangan PPSMI ini, bayangkanlah bagaimana pula anak anak bangsa Malaysia yang tinggal di kampung kampung.
Ada orang kata (sah sah orang yang kata nih orang UMNO) kenapa tak bantah dari dulu lagi? Kenapa after six years baru nak bantah. Untuk makluman kaldai yang bertanya nih, PPSMI dah dibantah sejak awal perlaksanaannya lagi. Cuma waktu tu tidak sehebat sekarang.
Untuk maklumat kaldai kaldai yang suka bertanya soalan bodoh dan dungu itu juga, protest kepada dasar PPSMI ini semakin hebat sekarang kerana first badge generasi anak bangsa yang menjadi mangsa pertama PPSMI telah pun menduduki UPSR, PMR dan SPM dan pencapaian mereka amatlah teruk jika dibandingkan ketika waktu Matematik dan Sains diajar menggunakan Bahasa Melayu.
Walau apa pun pendirian orang orang UMNO dan Barisan Nasional, janganlah kita termakan dengan provokasi dan lakonan mereka. Sebagai warga negara Malaysia yang merdeka, pastikan juga jiwa dan pemikiran kita turut merdeka.
Jangan lagi diperbincangkan soal ras keturunan dan bangsa tetapi bincanglah sesuatu isu sebagai anak Malaysia yang meyakini kewujudan Tuhan.
Kepada Muslim, jadilah Muslim yang beriman. Jadikanlah diri kita sebagai peribadi contoh kepada masyarakat berbilang kaum ini.
Kepada sahabat sahabat yang beragama Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya, pegang dan fahamilah nilai nilai yang wujud di dalam agama anda. InsyaAllah, God willing, kita mampu bersatu jika kita mampu menjadi orang orang yang beragama.
Aku sedih apabila FRU menembak gas pemedih mata ke dalam Masjid Negara. Yahudi dan Zionist di Israel juga menyerang dan membedil rumah ibadat tetapi mereka tidak membedil rumah ibadat mereka sendiri. Wahai FRU, anda jauh lebih hina berbanding tentera rejim Yahudi itu.
Kepada anak anak muda Malaysia yang menjadi tulang belakang demonstrasi tadi, berbanggalah kerana anda berjaya menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Walaupun kita berbeza agama dan warna kulit, semua itu tidak lagi mampu memisahkan kita.
Janganlah kalian menjadi seperti Pemuda UMNO Malaysia yang hanya pandai beraksi di depan kamera wartawan sahaja tetapi hakikatnya tidak ada apa apa pun yang mampu mereka lakukan.
Teruskan berdiri bersama-sama sebagai anak Malaysia.
p/s : Artikel nih aku tulis sendiri.
No comments:
Post a Comment