SOALNYA PEMERINTAHAN ITU MESTILAH ADIL, TELUS DAN JUJUR KERANA ADIL, TELUAS DAN JUJUR ITULAH ISLAM.
Bukan soal kerajaan Melayu atau kerajaan Cina atau kerajaan India. Soalnya adalah kerajaan itu adil atau tidak. KeIslaman sesebuah kerajaan bukan terletak kepada bangsa apa yang menerajui pemerintahan tetapi terletak kepada apa asas pemerintahan.
Jika sesebuah kerajaan diterajui oleh orang Melayu tetapi menindas rakyat.....wajib ditentang.
Tetapi jika kerajaan diterajui oleh orang Cina namun adil, telus dan jujur memerintah....wajib dipertahankan.
Ini adalah kerana keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam memerintah adalah prinsip prinsip Islam.
Untuk melakukan sesuatu yang dituntut Islam adalah bererti menunaikan apa yang dituntut oleh al-Quran dan Sunnah. Bukannya meletakkan Melayu sebagai kepala pemerintah.
No comments:
Post a Comment